Sunday, January 25, 2009

Harapan Kita Bersama

Adik,



Ingatkah kita? Bila kita mula bertemu bertentang mata..memancar sinar ukhuwwah yg saling mengikat mesra. Tatkala langkahmu adalah langkah permulaan, di awal sebuah perjuangan yang masih samar..kita bersama membina kekuatan... Dari situ kita terus melangkah, dan melangkau jauh, hinggalah kini ...kita bersama mengenali hati, mendalami lautan kasih ini sedalam kalbu nurani....



Namun adik, adakalanya kita diuji..dikala inilah kita goyah... namun goyahnya itu tidak akan sedikitpun melunturkan ukhuwwah...kerna kita telah membinanya, dengan pegangan dan genggaman yg cukup erat..antara kita..



Ingatlah adik, bila dirimu diujiNya, janganlah sesekali berpaling, namun teruskanlah melangkah... jangan sesekali kaburi masa depanmu dengan tusukan nafsu dan bisikan berduri syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh kita yang nyata..

Ingatlah adik, hidup ini hanya sekali, hidup ini hanya sementara. Jika ditakdirkan kita 'pergi' esok, mahupun selepas ini, pastikan kita sentiasa bersedia untuk itu... Lengkapi dirimu dengan keanggunan akhlak, sematkan jauh disudut hatimu dengan benih taqwa dan iman. Adik, bila kita bersama diujiNya, ingatlah, kita tetap bersama mengharunginya... Dirimu tidak akan keseorangan, tidak akan bersendirian.

Biarlah diri ini dihina, biarlah airmata ini terus mengalir, namun percayalah adik, ukhuwwah kita kerana Allah...tidak ada yang lain selain daripadaNya...

Sekiranya kita tersalah tingkah, seribu kemaafan dipinta dan percayalah adik, dirimu tidak pernah tercoret kesalahan, dalam kita membina titian ini bersama..


Hadith Rasulullah s.a.w:

"Tidak sempurna iman seseorang itu, selagi dia tidak mengasihi saudaranya, sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"
Riwayat Bukhari & Muslim

2 Comments:

Anonymous said...

alhamdulillah..tinggi sungguh ilmu saudara.tahniah saye ucapkan.alangkah bagusnye, jika ilmu itu diamalkan.nasihat saye baikilah hubungan sesama rakan saudara, maafkanlah & mintak maaf andai die atau saudara sendiri melakukan kesalahan.bukankah kite ini tidak sempurna?lemah, sentiasa melakukan kesilapan.
saye mendoakan yg terbaik utk saudara & saye sendiri.

jazakallah..

saudara seperjuanganmu

Ahmad said...

Syukran..
saya sendiri tidaklah sehebat mana..
andai saya juga melakukan kesalahan..
maafkanlah saya..