Saturday, March 17, 2012

Kerja ni bukan senang!

Salam!

Alhamdulillah. Syukur ada masa juga diberikan untuk menulis. Bukan selama beberapa bulan ni duduk beristirehat je, tapi ada keperluan lain yang harus didahulukan. 

Ni pun syukur lah teramat, walaupun lepas ni akan kembali menyepi semula... 

Selama beberapa bulan ni sahaja, terlalu banyak yang aku belajar, begitu banyak perkara yang mendewasai jiwa muda ini. hukhuk.

Bukan kerana kita masuk kepada dunia dakwah dan tarbiyah, bermaksud kita nak jadi macam pendeta untuk capai nirwana dengan bertapa dalam gua atau kurung diri sendiri dalam tokong bersama berhala. Macam ala-ala cerita Journey to the West tuh!

Bukan!

Tapi indikasi terpenting kita dalam dunia ini, adalah sejauh mana kita ambil dakwah dan tarbiyah ini untuk kita letakkan dalam kehidupan kita. Tak guna kalau bertahun kepuk sampai berhabuk atau sampai terkoyak helaian buku-buku usrah kita yang diguna bertahun-tahun tu, tapi kita tak pernah mahu dan tak pernah tahu untuk ambil tahu apa yang sepatutnya kita harus tahu.

Sebab itu, kita bukan hanya sekadar perlu hidup dengan tarbiyah, tapi tarbiyah harus hidup bersama-sama diri dan hati kita.

Bukan mudah berdakwah! Dakwah itu bukan semudah menyeru dan mengajak, tapi tambah satu lagi point penting iaitu kebaikan. 

Sesiapa pun boleh mengajak orang lain. Nak ajak pergi kedai kopi, main bola, menari, dating...semua boleh!

Tapi berapa ramai yang mahu mengajak orang kepada kebaikan berbanding kepada taghut?! Sebab itulah jalan ini bukan mudah. 

Entah. Kalau situasi yang pernah aku alami dan amati, mengajak manusia ni ke program-program ilmiah umum pun susah dan payah. 

Ingat! tu program ilmiah umum tau, belum lagi ajak pergi program Islamik, apatah lagi usrah! alergik lah, geli lah, hipokrit lah, aku orang jahat lah, aku tak layak lah. Macam-macam ada!

Tapi, kenapa umat ini khususnya, terlalu mudah diajak ke arah jalan-jalan lagha dan taghut. Hati dan badan mereka seakan ada magnet yang melekat dengan jahiliyah ini.

Senang betul kalau nak ajak pergi shopping ke, makan ke, main games ke.. Petik jari kelingking je dah berduyun orang datang sambil terbang sekali!


Wah! Superman pun terbang sekali ke?! Patutlah orang lain ikot!

Ingat, kalau Allah nak orang-orang ni beriman dan kembali kepada Allah dan meninggalkan jahiliyah, Allah boleh buat sekejaaap je.

Dan hak Allah menerangkan jalan yang lurus, dan di antaranya ada (jalan) yang menyimpang. Dan jika Dia mengkehendaki, tentu Dia memberi petunjuk kamu semua (ke jalan yang benar) 16:9

Tapi manusia itu yang sombong, jalan dihadapannya untuk dekat kepada Allah sudah terbentang luas, malah mereka tahu akan adanya petunjuk yang datangnya dari Allah. Tapi, nafsu juga akhirnya menyebabkan meraka larut, hanyut, lemas dan akhirnya mati dalam jahiliyah yang tak pernah mahu melepaskan diri.

Aduhai Kassim! Sudah inilah fitrahnya jalan dakwah ini. Jangan haraplah nak terlepas dari ujian. Kekadang memang kita akan rasa frust, tertekan, merajuk dan macam-macam lagi. Tapi apalah gunanya nak berperangai macam ini, kalau kita mengaku diri sebagai daie?!

Daie tu peranannya hanya menyampaikan apa yang perlu disampaikan. Terpulang pada penerimanya untuk ambil atau tidak. Sebab itu urusan Allah, bukan kita. Kekadang kita merungut macam-macam. Tak perlu ok! Kalau nak merungut jugak, sila baca semula fiqh dakwah pak cik Mustafa Masyhur. Dush!

Orang boleh kata kita gila atau pelik, kenapa nak buat semua benda jadah ni. Mengajak orang pada kebaikan tapi orang tak mahu ikut. Lepas tu dapat kecewa dan semput dada lagi adalah! Huhuhu.

Rasulullah buat kerja ni, orang kafir kata baginda gila. Tapi Rasulullah tidak gila. Janganlah diikut apa yang orang lain kata, apa yang orang lain fikir tentang kerja kita. Sebab tu daie harus bekerja atas kefahaman yang betul. Faham! 

Bila orang pertikai kerja kita, kita faham bahwa kita buat kerje betul, dan kita tak gila! Kalau kita tak faham, semestinya lepas tu kita akan jawab - Haah laaa, aku ni gila rupanya!

Tapi yang paling memberi cabaran, bila kita menyeru kepada orang lain, tapi seruan ini ditolak serta-merta, malah orang lain juga dihasutnya agar meninggalkan jalan ini sama-sama dia. Ada ke patut macam tuh?!

Buruk betul apa yang mereka buat. 

Mereka menjualbelikan ayat-ayat Allah dengan harga murah, lalu mereka menghalangi orang dari jalan Allah. Sungguh betapa buruknya apa yang mereka kerjakan. 9:9

Jadi ingatlah sedalam-dalam ingatan yang ada. Jalan ini tidak semudah yang kita sangkakan. Tidak mustahil orang yang sudah lama berada dalam perjuangan ini boleh juga akhirnya kecundang di tengah jalan. Semuanya mungkin gara-gara permulaan yang tidak betul, niat yang tidak sewajarnya, atau mungkin sebab kita tidak sanggup meninggalkan jahiliyah yang ammmaaaattt kita sayangi itu!

Awasilah, dakwah ini suci, jangan sesekali dicemari dengan onar-onar yang mencabuli kesucian ini.

Orang lain tak nak pergi program-program kebaikan, malah berbondong-bondong dengan anak bini kengkawan semua pergi konsert ikhtilat dan maksiat. Tak mengapalah, disitulah kerja kita untuk membawa perubahannya. Kalau semua Allah berikan petunjuk, dimana peranan khalifah itu harus dimainkan?

Peace ^..^


ARZ

Em. Lawa tak? Macam ni lah jalan kita. Semoga istiqamah untuk ke penghujungnya!



1 Comments:

NadzSina said...

Kita harus menjadi "magnet kebaikan".Supaya kalah "magnet jahilliyah".Kefahaman itulah yang membina amal kita.

Jazakallah akh for sharing tentang masalah umat yang kritikal sekarang ni.