Bila tibanya ujian, kita pun tiba-tiba rasa hiba, rendah diri yang teramat kepada Allah, memohon dan menangis teresak-esak meminta bantuan, agar dipermudahkan. Paling mudah, musim exam. Kita pun kembali baca Quran, kembali kita solat, malah doa yang panjangnya pelik daripada hari-hari kita sebelum ini.Nah! Allah pun berikan apa yang kamu mahu. Apa yang kamu inginkan dalam setiap hajatmu telah Allah berikan, dengan kudratNya yang seluas-luas pemandangan!Namun malangnya, syukur kita bukan pada Allah, tapi pada satu ikatan maksiat, yang makin rancak, menjadi-jadi. Tidak sedikit pun kita rasa gentar dengan azab Allah yang terpedih.Sedarlah wahai hati, maksiat itu tetap Allah 'pelihara' dalam pandanganNya. Janganlah kita mudah berasa selesa dengan ujian yang dapat kita lepasi, namun kita susuri dengan maksiat yang tiada henti!
Pages
Saturday, June 26, 2010
Maksiat Tanda Syukur?
Sunday, June 20, 2010
Pemimpin Tidak Terpimpin
"Seseorang itu sudah dianggap mendapat kejahatan sesuatu yang dia tidak tahu tentang dirinya dan memberatkan diri dengan sesuatu yang tidak berkenaan dengannnya"
"Di antara kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya"Hadis Hasan, riwayat Tirmizi dan lain-lain
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) amatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"al-Quran As-Saff:2-3
Monday, May 31, 2010
Hasbunallahu wa ni'mal wakil
Friday, May 28, 2010
Istiqomah Hati
عن أبي عمرو، وقيل: أبي عمرة، سفيان بن عبد الله الثقفي رضي الله عنه قال : قلت: يا رسول الله، قل لي في الإسلام قولا لا أسأل عنه أحدا غيرك، قال: قل آمنت بالله ثم استقم – رواه مسلم
Daripada Abu 'Amr, menurut satu pendapat Abu 'Amrah, Sufyan Bin 'Abdullah al-Thaqafi r.a berkata: "Aku berkata: "Wahai Rasulullah! Katakanlah satu perkataan kepadaku tentang Islam yang aku tidak perlu menanyakannya kepada orang lain" Sabda Rasulullah s.a.w:"Ucapkanlah 'Aku Beriman dengan Allah' kemudian berIstiqomahlah kamu"[Muslim]
"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan barkata:"Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (beristiqomah) akan turunlah malaikat kepada mereka dari masa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) serta janganlah kamu sedih hati, dan bergembiralah kamu dengan Syurga yang telah dijanjikan kepadamu"[al-Fussilat:30]
"Sesungguhnya orang-orang yang berkata "Tuhan kami adalah Allah", kemudian mereka istiqomah, tidak ada rasa khuatir pada mereka dan mereka tidak pula bersedih hati"[al-Ahqaf:13]
"Maka hendaklah kamu tetap teguh beristiqomah di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaan Allah) serta pohonlah kepadaNya supaya mengampuni (dosa-dosa yang telah lalu)"[Fussilat:6]
فاستقم كما أمرت
Wednesday, May 19, 2010
Lelaki yang benar-benar kuat!
“Aku tengok Danny tu makin teruk la sejak dia berpisah dengan Najwa..”
“kenapa?”
“Yelah..dulu kalau Najwa ada,,boleh tolong nasihatkan dia sikit..”
Banyak cantik.
Senang betul pemikiran lelaki zaman sekarang.
Seorang lelaki,akan jadi ‘baik’ kalau ada awek disampingnya
Atau, seorang perempuan, akan menjadi asbab perubahan seorang pria yang sepi.
Apa neraca perubahan kita? Rabbani? Manusiawi?
“Hrm..tapi kalau aku cakap dengan Najwa pun..tak ada gunanya kan..”
“ye aku tau..”
Tau takpe.
“Sebab bukan ada tanggungjawab apa pada dia.. kalau perempuan yang menasihat ni, lain macam jadinya.Aku rasa, lebih baik kalau kawan2 lelaki sendiri yang tegur..”
Unit kecil bernama usrah
Satu unit kecil, dibentuk oleh orang2 yang besar jiwanya.. dibina oleh individu2 yang kental cita-citanya..
Yakni, membentuk individu muslim yang beriltizam dengan islam.. membina rijal yang akan mendokong sebuah dakwah di jalan Allah, sebagai penyambung generasi ummah dalam perjalanan menuju ustaziyatul alam.
Mereka ini, adalah individu yang mujahadah nya tinggi melawan nafsu dunia. Tarikan gravity bumi tidak sekali melemahkan tenaganya untuk turbo ke kerajaan langit, lantas melihat dunia dari jendela akhirat!
Adanya murabbi..untuk sentiasa menegur.Dialah bapa untuk dicurahkan kasih sayang, dia jugalah syeikh yang menyuapkan makanan ruh, dia ustaz yang menta’lim, dia juga sebagai pemimpin yang menunjuk ajar.
Murabbi itu,berlegar di hati.. bukan di akal sahaja.
Kerana tarbiyah kita,adalah tarbiyah hati. Hati yang di dalamnya ada iman. Iman yang dapat melawan perkara yang disukai oleh nafsu.
Dan buatkanlah untuk mereka,perumpamaan kehidupan dunia ini,ibarat air (hujan) yang Kami turunkan dari langit,sehingga menyuburkan tumbuh-tumbuhan di bumi,kemudian (tumbuhan itu) menjadi kering yang diterbangkan oleh angin.. Al-kahf; 45
Usrah…bukanlah sekadar duduk-duduk dan berbincang kesalahan orang lain, juga bukan hanya dihadiri kerana hormatkan ‘senior’, tidak pula membuahkan amal. Malah, setelah naqib tiada, masing2 membawa hala tuju sendiri..hanyut…sepi….gersang……
“Aku nak berhenti merokok”
“Betul,kau kena mujahadah..”
“Ha’ah..tengah cuba lah ni”
“Lelaki ni kan, kalau mujahadah pun tak lepas…tak kuatlah”
-diam-
“Ish, tajam sungguh kata-kata kau ni”
Mujahadah melahirkan seorang rijal
Apa yang menjadikan seorang lelaki itu kuat?
Dia pelari pecut 100m secepat 9.58 sec? (eh,ni macam Usain Bolt)
Dia striker team futsal? Atau defender mungkin?
Dia yang patahkan papan dalam taekwondo?
Dia hafal semua jurus silat & kombat, bertali pinggang harimau cula tiga?
Namun…
Ketika bermujahadah untuk berhenti merokok.. dialah yang pertama katakan ‘susahlah…’
Janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri 2;195
Ketika diajak teman rapat untuk clubbing dan melepak di kelab snuker..
Dialah yang paling cepat angkat tangan
Dari Abu Hurairah r.a katanya: ” Telah bersabda Rasulullah SAW : ” Sebaik-baik Islam seseorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya. “
Ketika dirinya bersendirian tanpa teman perempuan, atau ketika dia putus cinta…
Dia gersang, hilang arah.. ditangisi nasib bak anak2 kecil..
Hilanglah dunianya…
Hilanglah nafasnya..
Hilanglah kekuatannya…
Ketika melintas seorang wanita dihadapannya, hampir terkeluar bola matanya mengintai!
Rasulullah yang mulia dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, di mana beliau bersabda,
“Tidak pernah kutinggalkan sepeninggalku godaan yang lebih besar bagi kaum lelaki daripada wanita.” (HR. Bukhari Muslim)
Apa macam? Anda rasa anda kuat?macho?
Mujahadah dah lepas?
Bapak-bapak seaqidah…
Muslimah memerlukan seorang lelaki yang soleh untuk membentuk dirinya. Lelaki yang juga seorang rijal, yang mujahadahnya mantap.. ruhbanu billayl, fursanu bin nahar..
Bukannya kami yang perlu membentuk diri kalian.
Bukannya hanya kami yang berusaha ditarbiyah, kalian hanya mencedok hasil tarbiyah kami..
Bila nakkan isteri nak yang solehah saja…
Beginilah, muhasabah diri kita..
Tarik nafas..buang ego jauh2…
Kembali pada unit kecil tadi..usrah.
Bentuk keluarga anda sendiri.. ya,keluarga yang semuanya lelaki.
Jalinkan ukhuwwah islamiyah yang mantap
Saling tegur menegur..saling bermujahadah menjadi lelaki yang BENAR-BENAR KUAT
Dan kami akan memanggil anda ikhwah..
Da’i di jalan Allah
Soleh wa mosleh
Selamat bermujahadah
wassalam,
Dari seorang muzakkirah
p/s: Saya bukan anti-lelaki ya.. hanya berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran..
Moga bermanfaat iAllah
Dipetik daripada Muslim Circle
Sunday, May 16, 2010
Bersungguh-sungguhlah
Kesungguhan sangat penting dalam hal ini. Tanpa kesungguhan, seorang dai akan cepat berputus asa lalu mengambil jalan belakang, dengan meninggalkan apa yang telah dilakukan selama ini.
Bukan senang untuk bersungguh-sungguh di jalan ini. Kadang-kadang seseorang itu perlu mengorbankan perasaan, keinginan, harta malah diri semata-mata untuk memastikan dia terus komited dalam melaksanakan amanah dakwah Allah ini.
Sebagai contoh, apabila ingin menghadiri suatu program dakwah, tiba-tiba datang suatu aktiviti yang kurang prioritinya berbanding program dakwah yang kita sertai, namun permintaan daripada orang lain untuk ktia menghadirinya sangat kuat. Mereka yang lemah semangatnya akan terus tunduk kepada permintaan orang tersebut lalu mengetepikan prioritinya. Akan tetapi, bagi yang tahu dan faham bahawa kehadirannya ke setiap program dakwah merupakan suatu hal yang sangat penting, dia tidak akan senang untuk tunduk kepada permintaan itu. Segala pujukan atau ugutan tidak langsung mengurangkan keazamannya.
Semua halangan yang datang, dia akan akan mencari jalan penyelesainnya. Nikmat otak yang kreatif akan digunakan sebaik mungkin di jalan Allah untuk mecari jalan keluar, bukan terus berhenti apabila ada halangan di tengah jalan. Oleh itu, sebarang cubaan yang datang, hendaklah kita anggapi sebagai cabaran yang perlu diselesaikan, bukan halangan yang langsung menghentikan. Dengan cubaan tersebut, barulah terasa apa yang kita lakukan ini payah, dan kepayahan inilah yang akan mematang dan mendewasakan kita.
[at Taubah, 9:41]
Jihad adalah satu kefardhuan yang akan terus diwajibkan sehingga hari kiamat. Selain itu jihad juga ialah apa yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah s.a.w.:
Inilah yang dialami oleh Kaab b Malik ketika perang Tabuk hendaklah diambil pengajaran. Sikapnya yang bertangguh ketika pokok sedang berbuah dalam tamannya, ditambah lagi dengan nikmat kasih seorang isteri, menjadikannya terleka lalu menanguh-nangguh persiapannya untuk bersama Rasulullah dan pasukan baginda dalam perang tersebut.
Namun, jangan pula menjadi orang munafik yang lansung mencari alasan lalu menceritakannya di depan Rasulullah. Apabila melakukan kesilapan, contohilah Kaab, mengakui kesilapannya lalu bertaubat kepada Allah.
[at Taubah, 9:118]
Mari Infaq!
السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ
Dan mengapa kamu tidak menafkahkan (sebagian hartamu) pada jalan Allah, padahal Allah-lah yang mempusakai (mempunyai) langit dan bumi?
Thursday, May 13, 2010
Ada yang kuat, Ada yang lemah
Kalau dah kuat, jangan merasai diri kuat sangat"
Cuma dalam da’wah, ada yang dinamakan amalan nilai tinggi (amal qawiy) dan juga amalan nilai rendah (amal dhaif).
Contoh amal qawiy ialah da’wah fardiah yang membawa kepada pembinaan qaidah sulbah (kader inti) melalui saranan-saranan tarbiyah yang ditetapkan. Yang mana proses takwin dapat dipantau dan ditingkatkan.
Contoh amal dhaif pula ialah ceramah-ceramah umum, menulis blog, facebook dan pelbagai lagi yang seangkatan, yang berfungsi sebagai nasyrul fikr (menyebarkan fikr) di mana kita tidak dapat memantau dan meningkatkan audiens kita ke tahap qaidah sulbah.
Kedua dua amalan ini saling melengkapi, tidak berseberangan, tidak berpisahan Cuma sahaja, di dalam kehidupan da’wah kita, kita harus menumpukan perhatian kita lebih kepada amal qawiy tersebut.
Sebagai sebuah jemaah da’wah, boleh dinisbahkan, yang paling ideal ialah 70% amal qawiy dan 30% amal dhaif.
Da’wah kita, da’wah robbaniyah. Wallahu’alam.
p/s Entry kali ni ringkas aje, mood posting neurology dan exam mood. Kepada ikhwah2 yang dicintai (terutama Akh Ahmed & seangkatannya) semoga berjaya exam ye..kita usaha, then doa, pastu tawakkal, ok? Uhibbukum fillah!
Monday, May 10, 2010
Fitnah Dalam Fitrah
Itulah ciri teristimewa seorang da’i, menjadi perhatian dan pemerhatian orang disekelilingnya. Da’i yang membawa obor agama adalah ‘public figure’ yang menjadi tatapan umum masyarakat semua dan bukan terhad kepada mad’u-nya sahaja.
Bukanlah maksud da’i ini perlu berasa bangga apabila diperhati umum, apatah lagi mengejar riya’, sum’ah, ‘ujub. Tapi kata kunci apa yang ingin saya tegaskan adalah betapa seorang da’i itu perlu menjaga ciri luaran dirinya selain dalaman, dan betapa sesungguhnya seorang da’i itu perlu tahu bahawa dakwah bukan semata pada kata-kata yang membawa jiwa, bukan pada hebatnya kita mengikat hati-hati menjadi rumpun ukhuwwah, tapi yang penting juga dakwah ‘senyap’ melalui mata dan perhatian umum masyarakat kepada kita.
Maka ingin saya berkongsi isi-isi tambahan dakwah, yang mana saya tekankan pada peranan ‘fitnah’ (lihat gambar dibawah). Fitnah itu ‘benda-benda yang mengganggu perjalanan kita’, yang sekiranya menular boleh membawa kita lari dari jalan sebenar, yang meletakkan ruang hidup bagi syaitan dalam diri. Fitnah itu bukan sahaja perlu dihindari, tapi perlu dielak daripada mencetuskannya.
Cinta itu suatu fitrah, tidak dinafikan. Tetapi sewajarnya kita berusaha mengelak fitrah itu berubah menjadi fitnah. Inilah yang berlaku apabila peraturan yang ditetapkan ke atas sesuatu fitrah itu tidak diberi penjagaan serius.
Oleh itu mari berjaga-jaga dengan tingkahlaku kita. Elakkan fitnah bermaharajalela, yang berlaku apabila anda mengetepikan peraturan tersebut apabila bercinta. Jaga batasan pergaulan. Elakkan pergaulan bebas terutama yang tiada keperluannya, juga elakkan mengabaikan perkara wajib asas seperti solat. Apatah lagi dating, gayutan telefon, surat cinta, gambar bersama, genyitan mata dan sentuh-menyentuh, yang akan menjemput syaitan sebagai pihak ketiga.
Lebih-lebih lagi jika anda dipandang sebagai orang agama. Setiap tingkah laku anda sentiasa diperhatikan, gahnya seolah-olah anda pengeluar hukum hakam. Berbalas message, berjalan bersama, menyimpan gambar; walaupun anda boleh pusingkan hukumnya kepada boleh, semuanya bakal menjadi sumber fitnah kepada anda andai tidak dijaga. Jangan sampai anda mengotorkan imej-imej agama / Islam tanpa sengaja, apatah lagi dengan sengaja (hawa nafsu). Imej khitbah (tunang) jangan diketengahkan ke mata masyarakat sebagai couple lagha tapi “islamik”. Batasannya tetap anda kerana anda masih belum suami isteri.
"Ada di kalangan manusia yang menjadi pembuka kebaikan dan pengunci kejahatan, dan ada yang (sebaliknya) menjadi pembuka kejahatan dan pengunci kebaikan. Maka berbahagialah mereka yang dijadikan oleh Allah sebagai pembuka kebaikan dan celakalah bagi mereka yang dijadikan oleh Allah sebagai pembuka kejahatan."[HR Ibn Majah]
Kita ingin menghindari fitnah, bukan menjemputnya datang, sebagaimana tindakan Rasulullah yang khuatir prasangka buruk sahabat Ansar apabila baginda dilihat berjalan berdua-duaan pada waktu malam dengan isterinya, Safiyyah. [HR Muslim].
Wednesday, May 5, 2010
Ukhuwwah selamanya!
Bukan kerana 'Halaqah Kau dan Aku Sama'
Bukan juga 'Aku ada Halaqah, Kau Tiada'
Moga ukhuwwah yang terbentuk ini membawa ke jannah
• Mengucapkan salam
• Menjawab salam
• Menjenguknya jika sakit
• Mengiringi jenazahnya
• Memenuhi undangannya
• Mendoakan jika dia bersin• Benar dalam bersumpah
• Menolong jika dia zalim / menzalimi
• Memberikan nasihat
• Membuang kesulitan / kesusahan daripadanya
• Membantu jika dia dalam kesusahan• Menutupi aibnya
• Menjauhkan diri dari sifat dengki, sakiti hati, benci, zalim dan sombong


