Saturday, February 28, 2009

Ke Mana Limpahnya Amal, Kalau Tidak Ke Iman

Bismillahirrahmanirrahim.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya amalan yang sangat dicintai ALLAH selepas ibadat fardhu oleh hambaNya ialah menggembirakan hati saudaranya sesama Islam"

Riwayat Baihaqi

----------------------------------------------

Andai kata kita miliki pohon yang lebat buahnya. sudah tentu buahnya itu bukan untuk kita seorang, tapi juga untuk si Tupai dan semut- semut asli yang beraliran...namun, untuk kita merasai ni'mat manisnya buah itu, sudah tentu kita akan pilih mana buahnya yang tidak buruk dan kusam...

BULAN AMALI MUSLIM 1430H - Akan berlangsung pada 1Mac hingga 29 Mac 2009, pasti menjanjikan pelbagai aktiviti dan didikan terbaik untuk kita. Antara pertandingan dan aktiviti yang akan dijadualkan berlangsung:

  • Pertandingan Hafazan al-Quran
  • Pertandingan Menulis Khat
  • Pertandingan Mengarang Sajak
  • Kuiz Agama dan Kuiz Mingguan
  • Pertandingan Video
  • Kursus Pengurusan Jenazah

Setiap penyertaan memerlukan bayaran hanya sebanyak 10 rubles (~ RM 1), dan 100% hasil bayaran ini akan disalurkan ke dalam Tabung Kirovsky Islamic Centre.

Besar harapan, agar muslimin dan muslimat di bumi Volgograd ini dapat menyertai Bulan Amali Muslim yang dianjurkan ini.

Andai kiranya sebelum ini telah kita sertai pelbagai aktiviti lain yang menarik seperti sports, indoor games dsb, maka ingatlah, Bulan Amali Muslim ini adalah KHAS untuk 'kita' sahaja..

Ya! Kita yang memiliki darah seIslam, kita yang mengikat tali ukhuwwah fillah, inilah untuk kita, hanya untuk kita..seperti juga kita yang memilih buah yang tidak buruk dan kusam...kerana kita tahu menilai mana buahnya yang manis dan ranum..maka nilailah juga Bulan Amali Muslim, agar ia semanis buah yang terpilih, berbanding buah yang lain...

Tidak perlu meletak minat hanya untuk menimba ilmu sendiri dan mendapat keinsafan diri sendiri, tapi berbuatlah sesuatu untuk menggerakkan ummah...

BULAN AMALI MUSLIM 1430H

"AMAL BERMULA, IMAN TERCORET"

Sunday, February 22, 2009

Ingin Dia Mengerti: Lafaz Ikrarku ini

Bismillahirrahmanirrahim.



Sabda Rasulullah s.a.w:



"Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya."



" Sesuatu yang amat saya risaukan,

dalam perjalanan hidup saya selama ini,

sekiranya ada antara saya dan sahabat saya,

pergi menemuiNya tanpa sempat untuk saya melafazkan,

bahawa saya sangat menyayanginya,

Itulah penyesalan yang amat besar dalam diri ini.


Andainya saya pergi dahulu sebelumnya,

saya ingin dirinya tahu,

bahawa saya tidak pernah menyayangi sahabat saya yang lain,

seperti saya menyayangi dirinya;


Dan saya ingin dia tahu,

bahawa saya menyayanginya,

seperti saya menyayangi diri saya sendiri,

malah lebih daripada itu


Biarlah diri saya pergi dahulu,

kerna saya tidak sanggup melihat pemergiaannya.


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

Andai tiada lagi pertemuan bagi kami didunia ini,

pertemukanlah kami disana nanti,

Dan kami tidak mengharapkan yang lain,

selain ni'mat syurgaMu;

agar kami dapat hidup didalamnya selama-lamanya,

dibawah lindungan ArasyMu,

dan cahaya cintaMu yang teragung.