Thursday, December 24, 2009

Sendiri Menyepi


Sendiri Menyepi..
Tenggelam dalam renungan
Ada apa aku
seakan kujauh dari ketenangan…

Perlahan kucari,
mengapa diriku hampa…
mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi…

Oh Tuhan aku merasa
sendiri menyepi…
ingin ku menangis, menyesali diri,
mengapa terjadi

Sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu
yang sempat menyala
benderang di hidupku..

Perlahan kucari,
mengapa diriku hampa
mungkin ada salah mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi

Oh Tuhan aku merasa..
sendiri menyepi…
Ingin ku menangis, menyesali diri,
mengapa terjadi

Sampai kapan ku begini,
resah tak bertepi,
kembalikan aku pada cahayaMu,
yang sempat menyala…

Oh Tuhan aku merasa…sendiri..
aku merasa sendiri..
sampai kapan begini..
resah tiada bertepi...

Kuingin cahayaMu
benderang di hidupku….



Tuesday, December 22, 2009

Ukhuwwah Itu Cinta

Bila menyebut tentang cinta, tidak lain ramai yang membayangkan tentang percintaan dua jantina – lelaki dan perempuan. Ada juga yang akan merenung sebentar memutar fikiran, dengan tujuan agar dapat memberikan jawapan selain daripada fikiran orang ramai tentang apa itu cinta. Mungkin juga yang terkeluar dari mulut fikiran mereka – cinta itu sayang mak ayah, cinta itu sayang dan ikut sunnah Rasulullah, dan tidak lain juga, ada yang berkata cinta itu cinta teragung kepada Allah!


Ya, semua jawapan itu betul. Tapi saya amat tertarik untuk berkongsi penulisan ini yang berkisar tentang hakikat sebuah cinta atas nama titian ukhuwwah. Bila menyebut tentang ukhuwwah, pasti pula yang terbayang adalah sahabat dan rakan-rakan disekeliling bukan? Ukhuwwah itu sangat besar pengertiannya, tapi saya fokuskan ukhuwwah pada nama cinta itu kepada pengertian yang lebih mudah difahami – cinta pada sahabat.


Mungkin kita selalu dengar ayat-ayat perbualan seperti ini:


“luv u so much!”


“syg awk! Miss u so much!”


“Jumpe lg nnti eyk!? Miss u!”


“luv u 2..muuahh!”


Beberapa ayat perbualan diatas ini sering kali kita jumpai, samaada di web-web sosial seperti Friendster dan Facebook, malah juga jika ‘terbaca’ mesej pada handset kawan kita yang lain, atau tidak terkecuali kita sendiri yang lebih arif dengan ayat-ayat ini! Bukanlah menyindir, tetapi mungkin ayat-ayat ini perlu lebih dilengkapkan lagi, boleh jadi seperti ini:


“luv u so much!” kata Munirah kepada Syuhada..


“syg awk! Miss u so much!” kata Nurul kepada Latifah, sambil memeluk erat rakannya itu.


“Jumpe lg nnti eyk!? Miss u!” jerit Izzah kepada Nor sambil melambai, penuh keakraban.


“luv u 2..muuahh!” kata Siti sambil memimikkan ciuman kepada Azizah, sahabat lamanya…


Itulah yang dimaksudkan. Kita menilai erti lafaz sebuah cinta dalam skop yang begitu besar. Dan inilah lafaz cinta pada ukhuwwah iaitu mencintai sahabat kita yang lain, menyayangi mereka sebagai kekasih hati yang akrab dan memahami. Saya kagum dengan kehidupan kaum Hawa itu sendiri, terutama golongan wanita muslimah yang hidup dalam serba-serbi indahnya ukhuwwah yang terpancar. Mereka bersalam dan berpelukan, memegang erat tali persaudaraan dengan utuh dan penuh kemesraan. Maka tidak mustahil juga bagi mereka berkongsi hati, mencoret nurani dengan kisah hidup mereka yang boleh saling dikongsi. Hati mereka yang terikat atas nama ukhuwwah Islamiyyah itu saling mengerti, tidak terlintas sesaat jua pandangan mata yang saling melihat dan mendalami. Itu yang ada dalam ciri muslimah sejati, yang memiliki teman yang sentiasa mendahului daripada mereka mencari cinta yang tidak punya erti, iaitu cinta seakan monyet yang bergayut dari dahan ke dahan, entah ke mana halatuju yang dicari. Andai tiada ciri perkakasan ini, jangan salahkan hakikat cinta itu sendiri, tapi renungkanlah sejauh mana kita menilai sahabat yang kita miliki.


Sahabat bagaikan sebutir mutiara. Yang menggilapkannya adalah ukhuwwah. Bukan calang-calang ukhuwwah, tapi ukhuwwah yang maksimum utuhnya, pegangan yang tidak gentar putusnya, dan terlekatnya hati mereka dek kerana Iman yang manisnya seperti sabda Baginda Muhammad s.a.w:


ثلاث من كن فيه وجد بهن حلاوة الايمان:أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما وأن يحب المرء لا يحبه الا لله وأن يكره أن يعود فى الكفر بعد أن أنقذه الله منه كما يكره أن يقذف فى النار".

متفق عليه

Daripada Anas r.a:


Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dengannya (tiga perkara tersebut) dia akan merasai kemanisan iman. Seseorang itu menjadikan ALLAH dan RasulNya sebagai yang paling dicintainya, seseorang yang tidak mencintai seseorang melainkan keranaNya dan seseorang yang membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka."


Muttafaqun ‘alaih.


Mengapa saya menyentuh soal manisnya ukhuwwah hanya pada wanita? Mungkinkah eratnya ukhuwwah ini tidak wujud dalam golongan Adam? Bagi saya tidak. Ukhuwwah itu adalah nikmat pemberian Allah untuk sekalian hambaNya. Cuma bagi saya, golongan Adam tidak mungkin mahu melafazkan kata-kata perbualan seperti diatas! Agak janggal bukan?!


Untuk gologan lelaki, jiwa mereka ada sedikit bezanya. Mereka tidak akan terus menilai dan mencari-cari teman untuk dijadikan sahabat yang sejati dan peneman yang setia disisi, tapi bagi mereka yang lebih utama itu adalah tuntutan mencari wanita sebagai kekasih hati. Malah amat rugi sekali, andai kita lupa dan tidak langsung mengambil iktibar tentang eratnya ukhuwwah yang terbina dalam diri para Sahabat bersama Rasulullah s.a.w.


Lelaki itu ada egonya dalam diri. Mungkin mencari sahabat itu bagaikan tiada ‘class’ dan lebih dianggap dan ditohmah dengan fikiran yang bukan-bukan oleh orang lain. Dan apabila masa terus meningkat, jiwa yang gusar dan menggelodak akhirnya akur dengan tuntutan nafsu, mengejar dan mengangkat cinta sebelum akad, maka terciptalah perjalanan mendekati zina yang setiap langkahannya pasti tercatit amalan durhaka.


Sahabat itu andai dia disisi, bukan pula untuk sekadar bergelak tawa, tapi dialah yang memahami dan setiap renungannya mampu mentakrif apa dihati ini. Sahabat itu bila dia disakiti, dia akan ‘pergi’, dan perginya itu bukan meninggalkan diri ini, tapi mencari erti rindu dikala jauh menyepi…dan dia akan kembali dan menyapa, kerana dialah sahabat yang sejati. Sahabat itu tidak pernah luntur doanya untuk ukhuwwah yang terbina, biar kadang-kala kita tidak memahami akan dia mendoakan kita, kerana cukuplah persahabatan dan cinta ini terbentuk atas pengetahuan Allah semata-mata.


Dalam perjalanan hidup yang jauh ini, Allah mengurniakan kita nikmat ukhuwwah yang besar teramatnya, atau mudah difahami sebagai ramai kawan disekeliling kita. Namun, ukhuwwah itu tidak akan bermakna, andai kita tidak sedikit pun mengambil peluang membina cinta bersama atas namaNya – iaitu cinta pada sahabat dan berjuang menuju cintaNya pula.



Sahabat, mungkin dia tidak pernah mengerti bahawa kita mencintainya, kita menyayanginya lebih dari kita menyayangi diri sendiri. Tetapi ingatlah, Allah lebih memahami setiap sudut hati ini, dan Dia lebih mengetahui bahawa kita sebenarnya pemilik ukhuwwah sejati. Carilah sahabat yang bukan sekadar menemani, tetapi jua meniti jalan hidup ini menuju cinta Allah yang hakiki. Dan dengan yang sedemikian itu, abadilah cinta kurnianNya pada perjalanan sebuah ukhuwwah sejati.



Sunday, November 22, 2009

Wanita itu Rahsia

“Maaf, saya hanya meletakkan segalanya kepada Allah. Andai benar saudara ditentukan untuk diri saya, maka keredhaan itulah yang akan saya pegang…tapi andai tidak diizinkan Allah, itulah juga yang terbaik untuk kita…”


Andai seorang laki-laki menyatakan hasrat untuk menjadikan seorang wanita itu sebagai isterinya yang sah, lalu wanita itu membalasnya dengan kata-kata diatas, mungkin itu menjadi suatu kesukaran yang sangat rumit bagi lelaki tersebut. Apa tidaknya, kata-kata itu begitu luas maksudnya, begitu mendalam pengertiannya, malah amat sukar untuk ditafsir maksud disebaliknya..samaada terima atau mungkin tidak??


Walaubagaimanapun, tidak semua mereka (iaitu kaum Hawa) memiliki keupayaan dan kerelaan untuk melafazkan kata-kata itu, kerana kata-kata itulah yang mencerminkan diri wanita itu sendiri sebagai ‘rahsia’. Ya, wanita itu sendiri adalah rahsia, dan kerahsiaan seorang wanita menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam diri mereka yang berhasrat untuk memilikinya.


Namun, rahsia itu sendiri tidak diketahui wanita tersebut! Mengapa? Kerana rahsia itu hanya di dalam pengetahuan Allah,dan kerana itulah, untuk membongkar rahsia itu, ditumpukan segala ketentuan hanya kepada-Nya. Rahsia ini adalah hijab dan perisai dalam diri seorang wanita muslimah, yang mengetahui keperluan memelihara dirinya dan mengekalkan kerahsiaan itu. Rahsia ini hanya dimiliki seorang wanita yang berpegang teguh pada syariat Illah, yang berpendirian dalam meniti dan memupuk cinta, malah tidak mudah berbangga dengan kecantikan, penampilan dan kualiti diri dari pandangan mata manusia.


Rahsia itu jika terbongkar, maka ia tidak akan lagi bernilai, pastinya ia bukan lagi istimewa, malah jatuh nilainya. Setiap wanita yang mengakui dirinya sebagai muslimah wajar memiliki rahsia diri. Itulah harga diri mereka, iaitu akhlaq yang disaluti manisnya iman, tutur kata dan pergaulan yang mencerminkan seorang muslimah berperibadi dan di sanjung tinggi. Rahsia ini tidak ada siapa pun yang mengetahuinya, melainkan Allah. Dan sesiapa yang ingin mengetahui erti disebalik kerahsiaan muslimah seperti ini, mereka hanya perlu merujuk kepada Allah; bertanya kepadaNya, meminta kepadaNya, memohon petunjuk dariNya, bukankah manis bila cinta itu berputik apabila hanya Allah yang menghubungkan kita?


Apabila cinta itu ditujukan kerana keindahan akhlaq, kerana tingginya perisai yang melitupi diri itu, pastinya cinta itu mengharapkan keredhaan Allah. Rahsia yang disimpan dalam diri wanita muslimah, adalah rahsia yang menjadikan hidupnya begitu istimewa. Namun, keistimewaan itu akhirnya akan dikongsi mereka yang teguh mencari jalan, mengejar pengertian hakikat cinta teragung. Merekalah golongan yang bertuah. Mereka jugalah yang akhirnya bersama dibawah lindungan cinta dan rahmat Ilahi.


Begitu indah bila kita memperkatakan tentang cinta. Tetapi ingatlah, cinta itu kurniaan Allah kepada hamba-hambanya, dan cinta itu juga boleh datang dari nafsu yang mana syaitan sebagai Tuhannya. Tidak perlu kisah, sekiranya cinta yang terpesong itu membawa sehingga terjalin ikatan hingga ke akhir hayat. Tetapi yang perlu dikisahkan, dimana keredhaan Allah? Rahsia itulah yang memelihara diri seseorang wanita, menjadikan dia kadang kala hadir dalam diri kita, tanpa kita sedari. Dan kerana itulah, kehadirannya sebagai kurniaan Ilahi.






Wednesday, October 28, 2009

Jika Aku Jatuh Cinta...




On behalf of all my beloved mutarobbi,

"Aidid, Anuar, Rizwan, Naqib, Aizzat and Keyri"


with specially dedicated from their deep heart...


FOR YOU...

Sunday, August 16, 2009

Muhasabah Cinta...

Muhasabah Cinta

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua padaMu

Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu...

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar
Jadi penawar dosaku...

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi...Muhasabah cintaku...

Tuhan.. kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu...

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar
Jadi penawar dosaku...

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi...Muhasabah cintaku...

Wednesday, August 5, 2009

Dia Isteriku, dan Aku Suaminya...

“Assalamualaikum. Tujuan saya menulis e-mail ini adalah untuk memberitahu bahawa saya ingin melamar awak menjadi isteri saya yang sah. Harap awak dapat memaklumkan kepada saya samaada awak bersetuju atau menolak lamaran ini”


“Waalaikumussalam. Terima kasih atas lamaran itu dan kepercayaan saudara terhadap saya untuk dijadikan isteri. Saya minta maaf, kerana saya telah dimiliki seorang hamba Allah yang lain. Saya harap saudara dapat menerima bahawa saya perlu menolak lamaran saudara. Wassalam.”


“Tidak mengapa. Saya membuat keputusan untuk melamar saudari hanya kerana pegangan Islam yang kuat dalam diri saudari. Walaupun saya tidak pernah bercakap mahupun mengenali rapat saudari, tapi dari perwatakan dan pergaulan saudari sudah cukup menggambarkan betapa saudari seorang muslimah yang sejati dan digeruni. Saya menerima ketentuan Allah bahawa saudari bukan milik saya. Semoga terus berbahagia dan dirahmati Allah. Wassalam”


Si lelaki yang terlibat dalam perbualan diatas begitu tenang menghadapi situasi tersebut. Tetapi pada realiti kini, sudah pasti kaum lelaki akan merasai resah, gundah gulana, iri hati, sakit hati, kecewa, dendam, dan macam-macam lagi perasaan andai cintanya ditolak sedemikian rupa. Apa tidaknya, orang yang sentiasa diperhatikannya, yang sentiasa dipuja-puja, disayang-sayang malah terbayang-bayang akhirnya telah melayang! Rugi!


Si lelaki di atas tidak pernah berbual dengan wanita tersebut, malah terus menyatakan hasrat untuk menikahinya. Bukan pula hasrat untuk ber’couple’ dengannya! Si lelaki itu tidak pula kecewa kerana wanita itu menolak lamarannya, kerana dia tidak pernah bercinta dengan wanita itu! Andai sekiranya wanita itu menerima lamaran itu dan menjadi isterinya yang sah, bermula dari situlah mereka saling mencintai.


Dan segalanya bermula apabila mereka terlebih dahulu menemui cinta pertama – cinta Yang Maha Esa. Atas dasar cinta kepada Allah, si lelaki itu mengenali wanita itu bukan pada rupa parasnya tetapi pada aqidah dalam dirinya. Kerana mencintai Allah, si lelaki itu menemui kecantikan akhlaq wanita itu, sopan santun dan malu adalah hijab perisai dirinya, membuatkan si lelaki itu tertanya-tanya betapa tingginya kemuliaan muslimah itu.


Andai seseorang itu mencintai yang lain hanya kerana Allah, nescaya dia akan merasai betapa manisnya iman. Muslimah yang sejati adalah isteri yang solehah, yang tetap taat kepada suaminya yang disayangi, yang mengetahui sifat malu itu perisai hidupnya, dan mengetahui juga tanggungjawabnya kepada suami tercinta, di luar dia tidak dimiliki sesiapa melainkan suaminya kerana aurat yang dilitupinya memelihara cinta mereka bersama.


Tiada ‘couple’ dalam Islam, kerana itu menghampiri zina dan mencampakkan diri kita ke dalam kebinasaan bersama syaitan laknatullah! Andai niat kita baik sekalipun, tetap tidak ada ‘couple’ dalam Islam, kerana menghampiri zina itu haram, apatah lagi melakukannya. Andai masih belum termampu untuk saling menikahi, itu bukan modal untuk menghalalkan yang haram. Teguhkanlah rasa malu dalam diri! Jika tidak, kita tiada bezanya dengan orang kafir yang lain. Malah yang lebih menyedihkan, ada yang murtad semata-mata untuk memperjuangkan cintanya. Tiada yang lain di antara lelaki dan perempuan yang berdua-duaan melainkan yang ketiga itu ialah syaitan! Tidak kira dekat ataunya jauh mereka berhubung, syaitan itu sentiasa bersama mereka. Bisikan dan hembusan syaitan itulah yang menghimpunkan dosa. Biarpun mereka kekal hingga ke akhir hayat, tetapi keredhaan Allah terhadap mereka itu yang menjadi tanda tanya.


Wanita yang perlu memelihara diri, kerana mereka bagaikan sayap kiri pada agama. Wanita yang sanggup menggadai maruah dirinya dengan ber’couple’ adalah wanita yang lupa pada azab seksaan Allah yang amat dahsyat. Tiada rasa malu dalam diri mereka, malah mereka juga tidak akan gentar untuk melakukan perkara yang sama walaupun sudah bersuami kelak. Dan begitu juga kepada lelaki, pastinya akan menemui pasangan hidup yang mengikut kehendak nafsunys semata-mata.


Firman Allah s.w.t;


“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh keampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” An-Nur:26


Sedar tidak sedar, cinta yang terungkap kerana Allah, itulah cinta yang membawa ke syurga! InsyaAllah.

Friday, June 5, 2009

'RUMAH BARU'

Salam 'alaik..

Laman penulisan saya telah mula beranak pinak ke http://www.tarb1world.wordpress.com/

Bagi laman ilmiah dan kesihatan pula capaian di http://www.healthyarewe.blogspot.com/


Wallahualam. :-)

Friday, May 8, 2009

Bida'ah?

Bismillahirrahmanirrahim.

Firman Allah s.w.t:

“Maka apa yang ada di luar kebenaran itu, tiada yang lain hanyalah kesesatan belaka” (Yunus: 32)

Allah ta’ala berfirman lagi:

“ Tidaklah Kami alpakan sedikitpun dalam al-Kitab- maksudnya: Tidak perlu ditambah yang baru, sebab dalam al-Kitab sudah cukup” (al-An’am:38)

Allah ta’ala berfirman:

“Jikalau engkau semua berselisih dalam sesuatu hal, maka kembalikanlah itu kepada Allah, dan RasulNya” (yakni al- Kitab dan as-Sunnah) (an-Nisa’:59)


Lagi Allah ta’ala berfirman:

“Dan sesungguhnya itulah jalanKu yang lurus, maka ikutilah. Dan janganlah engkau semua mengikuti jalan-jalan yang lain-lain, kerana nanti engkau semua dapat terpisah dari jalan Allah” (al-An’am: 153)

Firman Allah lagi:

“ Katakanlah – hai Muhammad: “ Jikalau engkau semua mencintai Allah, maka ikutilah saya, maka Allah pasti mencintai engkau semua dan pula mengampuni dosa-dosamu” (ali-Imran: 31)


Ya Akh! Banyak sungguh ayat2 dalam Kitabullah yang teragung ini tentang perkara2 yang diada-adakan manusia. Banyak pula hadith2 yang masyhur2 yang turut menyentuh bab ini, antaranya:

Dari Aishah radiallahu ‘anha katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

“ Barangsiapa yang mengada-adakan dalam perkara agama kita ini akan sesuatu yang semestinya tidak termasuk dalam agama itu, maka hal itu wajib ditolak” (Muttafaq ‘alaih)

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan, Rasulullah s.a.w bersabda:

“ Barangsiapa yang mengamalkan sesuatu amalan yang atasnya itu tidak ada perintah kami- maksudnya perintah agama, maka amalan itu wajib ditolak”


Wajib ditolak itu ertinya tidak boleh diterima sama sekali, kerana hal itu merupakan perkara yang bathil, kerana memang tidak termasuk dalam urusan agama, tetapi diada-adakan sendiri oleh manusia.

Sesuatu yang tidak diberi keterangan oleh Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w, lalu diada-adakan itu wajib untuk tidak kita terima atau ditolak bulat-bulat. Ini apabila berkaitan dalam soal ibadat. Tetapi dalam urusan keduniaan, maka Rasulullah s.a.w sendiri telah memberi kebebasan untuk mengikhtiarkan mana yang terbaik dalam anggapan kita, asalkan tidak melanggar hal-hal yang diharamkan Allah ta’ala.

Sabda baginda:

“Engkau sekalian adalah lebih mengerti tentang urusan duniamu”


Dari Jabir r.a., katanya:

"Rasulullah s.a.w. itu apabila berkhutbah maka merah padamlah kedua matanya, keras suaranya, sangat marahnya, sehingga seolah-olah beliau itu seorang komandan tentara yang menakut-nakuti, sabdanya:

"Pagi-pagi ini musuh akan menyerang engkau semua," atau "sore ini musuh akan menyerang engkau semua." Beliau bersabda pula: "Saya diutus sedang jarak terutusku dengan tibanya hari kiamat itu bagaikan dua jari ini." Beliau merapatkan antara jari telunjuk dan jari tengah. Beliau bersabda pula:

"Amma ba'd. Maka sesungguhnya sebaik-baik uraian adalah Kitabullah - al-Quran - dan
sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad s.a.w., sedang seburuk-buruk perkara -
agama - ialah hal-hal yang diada-adakan sendiri dan semua kebid'ahan itu adalah sesat."

Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda: "Saya adalah lebih berhak terhadap setiap orang mu'min daripada dirinya sendiri. Barangsiapa meninggalkan harta, maka itu adalah hak dari keluarganya, tetapi barangsiapa yang meninggalkan hutang atau tanggungan - keluarga dan anak-anak yang ditinggalkan, maka itu adalah kepadaku atau menjadi tanggunganku."

(Riwayat Muslim)



Wallahu’alam.

Sunday, March 1, 2009

Insan Bernama Kekasih vs Setanggi Syurga

INSAN BERNAMA KEKASIH

Debar hatiku,
membisik rindu,
ingin aku katakan,
kau gadis idaman.

Adakah mungkin,
kau ku miliki,
untuk aku jadikan,
insan bernama kekasih.

Keayuan yang tergambar,
lukisan nur Iman,
bersulamkan keindahan santun perkataan,
Bagai putih salju mendinginkan,
hangat perasaan,
mengusir segala resah dijiwa.

Ku sampaikan salam ucapan mesra,
dan merisik khabar berita,
Masihkah ada peluang,
untuk ku melafazkan cinta.

Umpama rembulan jatuh ke riba,
Mendengar khabaran darinya,
Padaku kau memendam rasa.

PadaMu oh Tuhan,
ku memohon keredhaan,
Nur kasih yang ku damba,
kekal hingga ke syurga.

Hanya satu yang ku pinta,
kebaikan dariMu,
Moga dipeliharakan
tulus cinta kita,
agar kukuh ikatan yang murni
bahagia selamanya,
dengan lafaz pernikahan yang mulia.

Datanglah kasihmu dalam diriku,
Menghiasi ruang hatiku,
Akan ku sambutnya,
dengan sujud penuh kesyukuran.

Ku harap jalinan kan berpanjangan,
Selagi kasih yang terbina kerana kasih kepadaNya,

Kau ku sayangi,
teman sejati...
Dikaulah sesungguhnya,
insan bernama kekasih.

*****************************************************************

Lagu Insan Bernama Kekasih, sebenarnya meletakkan tema yang terlalu mengagungkan CINTA MANUSIA, biarpun terdapat satu dua ayat dalam liriknya yang menyentuh tentang cinta kepada Allah. Namun mesej yang disampaikan melalui lagu ini, amat jelas, boleh membawa kemudaratan dalam kita mencari erti cinta yang hakiki, iaitu CINTA ILAHI.

Lagu ini terlalu menggambarkan suasana cinta yang berkobar2, bukan ditujukan kepada Allah, malah sebaliknya. Walaupun tertulis ayat 'keayuan yang tergambar, lukisan nur iman' yang bermaksud iman itu pilihan yang utama utk mencari kekasih hati, namun rentetan lagu ini tidak pun menggambarkan percintaan atas dasar iman yang sebenar.

  • Mereka yang benar2 memiliki CINTA ALLAH, pastinya yakin, bahawa hanya kepadaNya tempat menagih kasih abadi, yang pasti boleh menghilangkan resah dijiwa ( bukan kerana cinta manusia ).
  • Mereka yang memiliki CINTA ALLAH, pasti tetap memelihara syariat dalam mereka mencari cinta makhluk, tidak perlu memberi salam ucapan mesra, malah melafazkan rasa cinta. Ini sememangnya melampaui batas, bagi mereka yang tidak mengendahkannya.
  • Mereka yang memiliki CINTA ALLAH, hanya akan mencintai orang lain, agar CINTA mereka lebih tinggi hanya disisi ALLAH.

Dalam kita menilai lirik lagu ini, memang diselitkan juga unsur cinta kerana ALLAH, namun kiranya CINTA ALLAH itu seakan bukan yang utama, hanya sekadar mencari CINTA MANUSIA dahulu, kemudian baru mencari CintaNya.

Lagu ini hanya perlu didengari oleh mereka yang sahih peribadi imannya, yang tidak perlu lagi diragui CINTA ALLAH dalam dirinya. Begitu juga untuk mereka yang telah mengikat penyatuan yang sah dalam syarak. Kiranya kita mendengar dan mengambil intipati lagu ini, sedangkan CINTA ALLAH masih kita terkapai2 mencarinya, maka lagu INSAN BERNAMA KEKASIH ini, boleh ditafsirkan sebagai 'MEMBELAKANGI CINTA ALLAH' yang hakiki dan abadi.

Ambillah ikhtibar dari lagu SETANGGI SYURGA, yang sangat mendalam ertinya tentang mendamba CINTA TERAGUNG. Setiap bait kata2 dalam lagu ini penuh pengajaran dan 'guides' yang sama sekali membelakangkan CINTA MANUSIA, kerna itulah yang diperlukan untuk kita membersihkan hati, agar kita mencintai manusia, atas dasar cinta yang bersusur galur dari Iman yang sohih, dari Qolbu nurani seorang MUSLIM YANG MUKMIN.

Fikirkanlah. Wallahualam.

Saturday, February 28, 2009

Ke Mana Limpahnya Amal, Kalau Tidak Ke Iman

Bismillahirrahmanirrahim.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya amalan yang sangat dicintai ALLAH selepas ibadat fardhu oleh hambaNya ialah menggembirakan hati saudaranya sesama Islam"

Riwayat Baihaqi

----------------------------------------------

Andai kata kita miliki pohon yang lebat buahnya. sudah tentu buahnya itu bukan untuk kita seorang, tapi juga untuk si Tupai dan semut- semut asli yang beraliran...namun, untuk kita merasai ni'mat manisnya buah itu, sudah tentu kita akan pilih mana buahnya yang tidak buruk dan kusam...

BULAN AMALI MUSLIM 1430H - Akan berlangsung pada 1Mac hingga 29 Mac 2009, pasti menjanjikan pelbagai aktiviti dan didikan terbaik untuk kita. Antara pertandingan dan aktiviti yang akan dijadualkan berlangsung:

  • Pertandingan Hafazan al-Quran
  • Pertandingan Menulis Khat
  • Pertandingan Mengarang Sajak
  • Kuiz Agama dan Kuiz Mingguan
  • Pertandingan Video
  • Kursus Pengurusan Jenazah

Setiap penyertaan memerlukan bayaran hanya sebanyak 10 rubles (~ RM 1), dan 100% hasil bayaran ini akan disalurkan ke dalam Tabung Kirovsky Islamic Centre.

Besar harapan, agar muslimin dan muslimat di bumi Volgograd ini dapat menyertai Bulan Amali Muslim yang dianjurkan ini.

Andai kiranya sebelum ini telah kita sertai pelbagai aktiviti lain yang menarik seperti sports, indoor games dsb, maka ingatlah, Bulan Amali Muslim ini adalah KHAS untuk 'kita' sahaja..

Ya! Kita yang memiliki darah seIslam, kita yang mengikat tali ukhuwwah fillah, inilah untuk kita, hanya untuk kita..seperti juga kita yang memilih buah yang tidak buruk dan kusam...kerana kita tahu menilai mana buahnya yang manis dan ranum..maka nilailah juga Bulan Amali Muslim, agar ia semanis buah yang terpilih, berbanding buah yang lain...

Tidak perlu meletak minat hanya untuk menimba ilmu sendiri dan mendapat keinsafan diri sendiri, tapi berbuatlah sesuatu untuk menggerakkan ummah...

BULAN AMALI MUSLIM 1430H

"AMAL BERMULA, IMAN TERCORET"

Sunday, February 22, 2009

Ingin Dia Mengerti: Lafaz Ikrarku ini

Bismillahirrahmanirrahim.



Sabda Rasulullah s.a.w:



"Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya."



" Sesuatu yang amat saya risaukan,

dalam perjalanan hidup saya selama ini,

sekiranya ada antara saya dan sahabat saya,

pergi menemuiNya tanpa sempat untuk saya melafazkan,

bahawa saya sangat menyayanginya,

Itulah penyesalan yang amat besar dalam diri ini.


Andainya saya pergi dahulu sebelumnya,

saya ingin dirinya tahu,

bahawa saya tidak pernah menyayangi sahabat saya yang lain,

seperti saya menyayangi dirinya;


Dan saya ingin dia tahu,

bahawa saya menyayanginya,

seperti saya menyayangi diri saya sendiri,

malah lebih daripada itu


Biarlah diri saya pergi dahulu,

kerna saya tidak sanggup melihat pemergiaannya.


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

Andai tiada lagi pertemuan bagi kami didunia ini,

pertemukanlah kami disana nanti,

Dan kami tidak mengharapkan yang lain,

selain ni'mat syurgaMu;

agar kami dapat hidup didalamnya selama-lamanya,

dibawah lindungan ArasyMu,

dan cahaya cintaMu yang teragung.

Wednesday, January 28, 2009

Hanya Satu Permintaanku...

Bila kita berjauhan;
Allah jualah yang menjarakkan ...
Bila kita suram kesepian;
Kasih itulah yang menghubungkan ...
Mengapa sering kita terluka?
Mengapa selalu kita terdiam bicara?

Tidak ada yang lain,
Selain ada CINTA antara kita ...

Bila kita memilih jalan;
Antara percintaan dan persahabatan,
Kedua-duanya jangan dipisahkan,
Kerna seikhlas sebuah persahabatan,
apabila bercambah cinta didalamnya ...

Hanya satu permintaanku ...
Bila kita saling berduka ...
Allah tetap bersama kita ...
Kembalilah kepadaNya ...
agar kita lebih mengerti dan memahami;
ertinya kasih antara kita...


" Apabila mencari teman untuk keperluan akhirat, perhatikanlah agamanya;apabila mencari sahabat untuk keperluan dunia, perhatikanlah budi pekertinya"
~IMAM AL-GHAZALI~

Sunday, January 25, 2009

Harapan Kita Bersama

Adik,



Ingatkah kita? Bila kita mula bertemu bertentang mata..memancar sinar ukhuwwah yg saling mengikat mesra. Tatkala langkahmu adalah langkah permulaan, di awal sebuah perjuangan yang masih samar..kita bersama membina kekuatan... Dari situ kita terus melangkah, dan melangkau jauh, hinggalah kini ...kita bersama mengenali hati, mendalami lautan kasih ini sedalam kalbu nurani....



Namun adik, adakalanya kita diuji..dikala inilah kita goyah... namun goyahnya itu tidak akan sedikitpun melunturkan ukhuwwah...kerna kita telah membinanya, dengan pegangan dan genggaman yg cukup erat..antara kita..



Ingatlah adik, bila dirimu diujiNya, janganlah sesekali berpaling, namun teruskanlah melangkah... jangan sesekali kaburi masa depanmu dengan tusukan nafsu dan bisikan berduri syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh kita yang nyata..

Ingatlah adik, hidup ini hanya sekali, hidup ini hanya sementara. Jika ditakdirkan kita 'pergi' esok, mahupun selepas ini, pastikan kita sentiasa bersedia untuk itu... Lengkapi dirimu dengan keanggunan akhlak, sematkan jauh disudut hatimu dengan benih taqwa dan iman. Adik, bila kita bersama diujiNya, ingatlah, kita tetap bersama mengharunginya... Dirimu tidak akan keseorangan, tidak akan bersendirian.

Biarlah diri ini dihina, biarlah airmata ini terus mengalir, namun percayalah adik, ukhuwwah kita kerana Allah...tidak ada yang lain selain daripadaNya...

Sekiranya kita tersalah tingkah, seribu kemaafan dipinta dan percayalah adik, dirimu tidak pernah tercoret kesalahan, dalam kita membina titian ini bersama..


Hadith Rasulullah s.a.w:

"Tidak sempurna iman seseorang itu, selagi dia tidak mengasihi saudaranya, sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"
Riwayat Bukhari & Muslim

Saturday, January 10, 2009

Dengarlah adik...

Benar adik ...
Aku telah pulang.
Dengan syahadah kesyahidan yang masih belum layak untuk aku miliki.
Walau bagaimanapun ...
terima kasih ...
kerana sudi mengizinkan debu-debu langkah-langkah jihad kalian menyapa tubuhku.

Benar adik ...dalam keadaan sekeliling menyesakkan ...
membuatkan kita salah tingkah.
Tetapi percayalah ...
tiada keadaan lain yang lebih baik dari ini ...
... dan Allah maha lebih tahu ...
untuk kita lebih tsabit dan istiqamah dalam jalan ini.

Adik ...
Aku yang memohon ampun dan maaf.
Percayalah ...dan aku yang berjanji ....
.. kalian tidak pernah dan tidak akan pernah ada salah terhadapku ....
.. atas segala kekurangan dan kelemahan diriku.
Mohon percayalah ...
tidak ada yang aku lakukan dan tidak lakukan ...
melainkan kerana aku terlalu cinta.

Benar adik ...
inilah cerita cinta kita ...
sejarah akan merakamkan
...dan biarkan mereka membacanya
...semoga akan ada pengajaran untuk semua
...dan pasti akan ada pahala yang akan mengalir percuma untuk kita.
Yang ...
... kita yang pernah senyum tertawa dan kemudian bermasam muka.
... kita yang pernah bercerita ria dan kemudian bertelingkah murka.
... kita yang pernah bergembira ria dan kemudian bermuram durja.
... kita yang pernah bertemu girang dan kemudian bertemu malu menyapa.
... hati-hati kita yang pernah bergetar rindu dan kemudian bergemuruh resah.

Hanya kerana .
..ada cinta di antara kita.

Adik ...
di sela kesempatan dan masa ...
... aku yang berjanji akan berjuang untuk itu ...
dan Allah pasti akan membantu.

Kerana terlalu cinta
...aku yang terlalu rindu,

Abang...

Wednesday, January 7, 2009

Jangan Berpaling; Impian Itu Di Hadapan!

Selamat berpuasa sunat Asyura ana ucapkan utk semua~

Hari ni, tanggal 10 Muharram 1430H... sekejap je masa ni berlalu, terasa baru semalam baca doa akhir dan awal tahun. Sesungguhnya Allah telah pun bersumpah dengan MASA, bahawa setiap manusia itu berada dalam KERUGIAN, melainkan mereka yang BERIMAN, yakni yang berpesan2 kpd KEBENARAN dan yang berpesan2 kpd KESABARAN...


************************************************************

Cuba kita berfikir sejenak, apakah ciri2 orang yang dilamun CINTA? Sudah tentulah dirinya sentiasa dalam keriangan, perasaan cemburu mula bercambah terhadap orang yang dicintainya, sanggup berkorban segalanya, malah tidak pernah hilang bayangan cintanya itu daripada fikirannya...mandi tak basah, makan pun tak kenyang..

Tapi, apabila cintanya diuji, disinilah titiknya, untuk dirinya menilai sejauh mana cintanya berputik dan kemana destinasi cintanya ditujukan..

Allah Maha Penyayang, tidak semua mereka akan diuji sebegini. Ramai di luar sana yang khayal dan leka dilamun cinta manusia, tetapi apabila cintanya itu di'ganggu'Nya, maka itulah hidayah dari Pemilik Cinta Teragung. Untuk kita berfikir sebenarnya, cinta itu milik siapa?

Memang sukar mengejar cinta Allah, tetapi mengapa tidak sanggup kita berkorban demi cintaNya? Sedangkan sanggup kita berhempas pulas demi cinta manusia, bagaikan mencintai sekuntum bunga, yang pasti akan layu, dan mencintai manusia yang pasti akan mati... Jangan berpatah balik, itu nasihat ana, biar apapun dugaan Allah kpd kita, teruskanlah meredah ribut di lautan ini...nescaya badai yang melanda ini, akan sentiasa mengingatkan kita pada keagunganNya. Ya Allah, hati ini perlukan hidayah Mu, bimbinglah kami untuk terus melangkah ke destinasi cinta yang Engkau miliki.

Yakinlah dengan sebenar2nya, Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang tidak termampu dipikul hamba2Nya.. Inilah jalan kita, jalan yang kekal, jalan yang satu, menuju yang Yang Maha Esa..teruskanlah melangkah, jangan berpaling, kerna impian itu di hadapan..

Jika kita telah 'terlari' jauh dari jalan ini, maka kembalilah semula ke pangkalnya..takkan ternilai airmata itu dgn permata, kerna titisan airmata itulah yang akan memadamkan hangatnya neraka Allah, andai benar ia mengalir dari nasuha nurani, takkan kita berpaling pada palsu duniawi...


"Ya Allah, leraikanlah aku dari pautan NAFSU, biarpun sukar bagiku melamar CINTAMU, namun masihku mengharap KEAMPUNANMU..."

Monday, January 5, 2009

La tahzan, innallaha ma'ana

'Jangan bersedih, Allah bersama kita'~

Peristiwa ini berlaku ketika hijrah Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar as Siddiq r.a..Dikala mereka dalam perjuangan 'menyelamatkan' aqidah, dugaan itu amat besar. Kata2 ini Rasulullah s.a.w lafazkan kpd Abu Bakar, malah diulang semula dalam al-Quran (at-Taubah;40)...

Di hari2 terawal Muharram ini, semangat hijrah itu masih terngiang beralun di telinga..namun Allah itu lebih mengetahui, apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Bagi ana, hati ini ada ketikanya gembira, ada kalanya sedih.. Bila ana tanya pada naluri hati, tiada jawapan yang keluar..sehinggalah kini.. Hidup ini kadang kala buntu memikirkannya.. Hebat sungguh ujian Maha Pencipta, sehingga pernah terdetik dalam hati ini untuk berundur, dan mencari kebahagian duniawi..Subhanallah, Maha Suci Allah, Dialah yang Menguasai hati hamba-hambaNya...

Tidak sesekali akan ana berundur, sehebat mana pun ujian ini akan ana teguh meredahnya..kepada Allah ana meletakkan segalanya.. Kini baru ana sedar, hati ini ada pada 'orang lain', gembira dan sedihnya dia, maka itulah juga bagi ana.. maka ana perlu sentiasa membuatkan dia gembira, agar kegembiraan itu juga ana miliki.. sekiranya dia bersedih, maka kesedihan itu jugalah ana miliki..

Bila ana tanya pada hati ini di hening Subuh tadi, barulah ana tahu jawapannya..jawab hati ini; "Itulah ukhuwwah, bila ia dipuncaknya, keutamaan kepada orang lain adalah segalanya bagi kamu, senyumannya adalah kegembiraanmu, kesuramannya adalah kesedihanmu..."

Inilah keagungan ukhuwwah di jalanNya, kami akan terus berjuang mengejar CINTA ILAHI, biarpun CINTA manusia diketepi...