Monday, January 5, 2009

La tahzan, innallaha ma'ana

'Jangan bersedih, Allah bersama kita'~

Peristiwa ini berlaku ketika hijrah Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar as Siddiq r.a..Dikala mereka dalam perjuangan 'menyelamatkan' aqidah, dugaan itu amat besar. Kata2 ini Rasulullah s.a.w lafazkan kpd Abu Bakar, malah diulang semula dalam al-Quran (at-Taubah;40)...

Di hari2 terawal Muharram ini, semangat hijrah itu masih terngiang beralun di telinga..namun Allah itu lebih mengetahui, apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Bagi ana, hati ini ada ketikanya gembira, ada kalanya sedih.. Bila ana tanya pada naluri hati, tiada jawapan yang keluar..sehinggalah kini.. Hidup ini kadang kala buntu memikirkannya.. Hebat sungguh ujian Maha Pencipta, sehingga pernah terdetik dalam hati ini untuk berundur, dan mencari kebahagian duniawi..Subhanallah, Maha Suci Allah, Dialah yang Menguasai hati hamba-hambaNya...

Tidak sesekali akan ana berundur, sehebat mana pun ujian ini akan ana teguh meredahnya..kepada Allah ana meletakkan segalanya.. Kini baru ana sedar, hati ini ada pada 'orang lain', gembira dan sedihnya dia, maka itulah juga bagi ana.. maka ana perlu sentiasa membuatkan dia gembira, agar kegembiraan itu juga ana miliki.. sekiranya dia bersedih, maka kesedihan itu jugalah ana miliki..

Bila ana tanya pada hati ini di hening Subuh tadi, barulah ana tahu jawapannya..jawab hati ini; "Itulah ukhuwwah, bila ia dipuncaknya, keutamaan kepada orang lain adalah segalanya bagi kamu, senyumannya adalah kegembiraanmu, kesuramannya adalah kesedihanmu..."

Inilah keagungan ukhuwwah di jalanNya, kami akan terus berjuang mengejar CINTA ILAHI, biarpun CINTA manusia diketepi...

1 Comments:

Ahmad said...

Daripada SURAH AT-TAUBAH AYAT 40:

"Jika kamu tidak menolong nabi, sesungguhnya Allah telah menolongnya, ketika orang2 kafir mengusirnya sebagai dari dua orang(seorang lagi Abu Bakar) ketika keduanya dalam gua (Bukit Thur), ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah kamu takut sesungguhnya Allah bersama kita. Lalu Allah menurunkan ketenangan di atas dirinya dan menguatkannya dengan bala tentera yang tidak kamu lihat(malaikat) dan Allah menjadikan perkataan orang2 kafir terbawah dan perkataan Allah tertinggi. Dan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"