Wednesday, January 7, 2009

Jangan Berpaling; Impian Itu Di Hadapan!

Selamat berpuasa sunat Asyura ana ucapkan utk semua~

Hari ni, tanggal 10 Muharram 1430H... sekejap je masa ni berlalu, terasa baru semalam baca doa akhir dan awal tahun. Sesungguhnya Allah telah pun bersumpah dengan MASA, bahawa setiap manusia itu berada dalam KERUGIAN, melainkan mereka yang BERIMAN, yakni yang berpesan2 kpd KEBENARAN dan yang berpesan2 kpd KESABARAN...


************************************************************

Cuba kita berfikir sejenak, apakah ciri2 orang yang dilamun CINTA? Sudah tentulah dirinya sentiasa dalam keriangan, perasaan cemburu mula bercambah terhadap orang yang dicintainya, sanggup berkorban segalanya, malah tidak pernah hilang bayangan cintanya itu daripada fikirannya...mandi tak basah, makan pun tak kenyang..

Tapi, apabila cintanya diuji, disinilah titiknya, untuk dirinya menilai sejauh mana cintanya berputik dan kemana destinasi cintanya ditujukan..

Allah Maha Penyayang, tidak semua mereka akan diuji sebegini. Ramai di luar sana yang khayal dan leka dilamun cinta manusia, tetapi apabila cintanya itu di'ganggu'Nya, maka itulah hidayah dari Pemilik Cinta Teragung. Untuk kita berfikir sebenarnya, cinta itu milik siapa?

Memang sukar mengejar cinta Allah, tetapi mengapa tidak sanggup kita berkorban demi cintaNya? Sedangkan sanggup kita berhempas pulas demi cinta manusia, bagaikan mencintai sekuntum bunga, yang pasti akan layu, dan mencintai manusia yang pasti akan mati... Jangan berpatah balik, itu nasihat ana, biar apapun dugaan Allah kpd kita, teruskanlah meredah ribut di lautan ini...nescaya badai yang melanda ini, akan sentiasa mengingatkan kita pada keagunganNya. Ya Allah, hati ini perlukan hidayah Mu, bimbinglah kami untuk terus melangkah ke destinasi cinta yang Engkau miliki.

Yakinlah dengan sebenar2nya, Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang tidak termampu dipikul hamba2Nya.. Inilah jalan kita, jalan yang kekal, jalan yang satu, menuju yang Yang Maha Esa..teruskanlah melangkah, jangan berpaling, kerna impian itu di hadapan..

Jika kita telah 'terlari' jauh dari jalan ini, maka kembalilah semula ke pangkalnya..takkan ternilai airmata itu dgn permata, kerna titisan airmata itulah yang akan memadamkan hangatnya neraka Allah, andai benar ia mengalir dari nasuha nurani, takkan kita berpaling pada palsu duniawi...


"Ya Allah, leraikanlah aku dari pautan NAFSU, biarpun sukar bagiku melamar CINTAMU, namun masihku mengharap KEAMPUNANMU..."

1 Comments:

saya said...

hidup ini ibarat roda yang berputar..
sememangnya kita akn ulangi semula semua yg berlaku sebelum ni..

=(