Sunday, March 1, 2009

Insan Bernama Kekasih vs Setanggi Syurga

INSAN BERNAMA KEKASIH

Debar hatiku,
membisik rindu,
ingin aku katakan,
kau gadis idaman.

Adakah mungkin,
kau ku miliki,
untuk aku jadikan,
insan bernama kekasih.

Keayuan yang tergambar,
lukisan nur Iman,
bersulamkan keindahan santun perkataan,
Bagai putih salju mendinginkan,
hangat perasaan,
mengusir segala resah dijiwa.

Ku sampaikan salam ucapan mesra,
dan merisik khabar berita,
Masihkah ada peluang,
untuk ku melafazkan cinta.

Umpama rembulan jatuh ke riba,
Mendengar khabaran darinya,
Padaku kau memendam rasa.

PadaMu oh Tuhan,
ku memohon keredhaan,
Nur kasih yang ku damba,
kekal hingga ke syurga.

Hanya satu yang ku pinta,
kebaikan dariMu,
Moga dipeliharakan
tulus cinta kita,
agar kukuh ikatan yang murni
bahagia selamanya,
dengan lafaz pernikahan yang mulia.

Datanglah kasihmu dalam diriku,
Menghiasi ruang hatiku,
Akan ku sambutnya,
dengan sujud penuh kesyukuran.

Ku harap jalinan kan berpanjangan,
Selagi kasih yang terbina kerana kasih kepadaNya,

Kau ku sayangi,
teman sejati...
Dikaulah sesungguhnya,
insan bernama kekasih.

*****************************************************************

Lagu Insan Bernama Kekasih, sebenarnya meletakkan tema yang terlalu mengagungkan CINTA MANUSIA, biarpun terdapat satu dua ayat dalam liriknya yang menyentuh tentang cinta kepada Allah. Namun mesej yang disampaikan melalui lagu ini, amat jelas, boleh membawa kemudaratan dalam kita mencari erti cinta yang hakiki, iaitu CINTA ILAHI.

Lagu ini terlalu menggambarkan suasana cinta yang berkobar2, bukan ditujukan kepada Allah, malah sebaliknya. Walaupun tertulis ayat 'keayuan yang tergambar, lukisan nur iman' yang bermaksud iman itu pilihan yang utama utk mencari kekasih hati, namun rentetan lagu ini tidak pun menggambarkan percintaan atas dasar iman yang sebenar.

  • Mereka yang benar2 memiliki CINTA ALLAH, pastinya yakin, bahawa hanya kepadaNya tempat menagih kasih abadi, yang pasti boleh menghilangkan resah dijiwa ( bukan kerana cinta manusia ).
  • Mereka yang memiliki CINTA ALLAH, pasti tetap memelihara syariat dalam mereka mencari cinta makhluk, tidak perlu memberi salam ucapan mesra, malah melafazkan rasa cinta. Ini sememangnya melampaui batas, bagi mereka yang tidak mengendahkannya.
  • Mereka yang memiliki CINTA ALLAH, hanya akan mencintai orang lain, agar CINTA mereka lebih tinggi hanya disisi ALLAH.

Dalam kita menilai lirik lagu ini, memang diselitkan juga unsur cinta kerana ALLAH, namun kiranya CINTA ALLAH itu seakan bukan yang utama, hanya sekadar mencari CINTA MANUSIA dahulu, kemudian baru mencari CintaNya.

Lagu ini hanya perlu didengari oleh mereka yang sahih peribadi imannya, yang tidak perlu lagi diragui CINTA ALLAH dalam dirinya. Begitu juga untuk mereka yang telah mengikat penyatuan yang sah dalam syarak. Kiranya kita mendengar dan mengambil intipati lagu ini, sedangkan CINTA ALLAH masih kita terkapai2 mencarinya, maka lagu INSAN BERNAMA KEKASIH ini, boleh ditafsirkan sebagai 'MEMBELAKANGI CINTA ALLAH' yang hakiki dan abadi.

Ambillah ikhtibar dari lagu SETANGGI SYURGA, yang sangat mendalam ertinya tentang mendamba CINTA TERAGUNG. Setiap bait kata2 dalam lagu ini penuh pengajaran dan 'guides' yang sama sekali membelakangkan CINTA MANUSIA, kerna itulah yang diperlukan untuk kita membersihkan hati, agar kita mencintai manusia, atas dasar cinta yang bersusur galur dari Iman yang sohih, dari Qolbu nurani seorang MUSLIM YANG MUKMIN.

Fikirkanlah. Wallahualam.