Sunday, March 1, 2009

Insan Bernama Kekasih vs Setanggi Syurga

INSAN BERNAMA KEKASIH

Debar hatiku,
membisik rindu,
ingin aku katakan,
kau gadis idaman.

Adakah mungkin,
kau ku miliki,
untuk aku jadikan,
insan bernama kekasih.

Keayuan yang tergambar,
lukisan nur Iman,
bersulamkan keindahan santun perkataan,
Bagai putih salju mendinginkan,
hangat perasaan,
mengusir segala resah dijiwa.

Ku sampaikan salam ucapan mesra,
dan merisik khabar berita,
Masihkah ada peluang,
untuk ku melafazkan cinta.

Umpama rembulan jatuh ke riba,
Mendengar khabaran darinya,
Padaku kau memendam rasa.

PadaMu oh Tuhan,
ku memohon keredhaan,
Nur kasih yang ku damba,
kekal hingga ke syurga.

Hanya satu yang ku pinta,
kebaikan dariMu,
Moga dipeliharakan
tulus cinta kita,
agar kukuh ikatan yang murni
bahagia selamanya,
dengan lafaz pernikahan yang mulia.

Datanglah kasihmu dalam diriku,
Menghiasi ruang hatiku,
Akan ku sambutnya,
dengan sujud penuh kesyukuran.

Ku harap jalinan kan berpanjangan,
Selagi kasih yang terbina kerana kasih kepadaNya,

Kau ku sayangi,
teman sejati...
Dikaulah sesungguhnya,
insan bernama kekasih.

*****************************************************************

Lagu Insan Bernama Kekasih, sebenarnya meletakkan tema yang terlalu mengagungkan CINTA MANUSIA, biarpun terdapat satu dua ayat dalam liriknya yang menyentuh tentang cinta kepada Allah. Namun mesej yang disampaikan melalui lagu ini, amat jelas, boleh membawa kemudaratan dalam kita mencari erti cinta yang hakiki, iaitu CINTA ILAHI.

Lagu ini terlalu menggambarkan suasana cinta yang berkobar2, bukan ditujukan kepada Allah, malah sebaliknya. Walaupun tertulis ayat 'keayuan yang tergambar, lukisan nur iman' yang bermaksud iman itu pilihan yang utama utk mencari kekasih hati, namun rentetan lagu ini tidak pun menggambarkan percintaan atas dasar iman yang sebenar.

  • Mereka yang benar2 memiliki CINTA ALLAH, pastinya yakin, bahawa hanya kepadaNya tempat menagih kasih abadi, yang pasti boleh menghilangkan resah dijiwa ( bukan kerana cinta manusia ).
  • Mereka yang memiliki CINTA ALLAH, pasti tetap memelihara syariat dalam mereka mencari cinta makhluk, tidak perlu memberi salam ucapan mesra, malah melafazkan rasa cinta. Ini sememangnya melampaui batas, bagi mereka yang tidak mengendahkannya.
  • Mereka yang memiliki CINTA ALLAH, hanya akan mencintai orang lain, agar CINTA mereka lebih tinggi hanya disisi ALLAH.

Dalam kita menilai lirik lagu ini, memang diselitkan juga unsur cinta kerana ALLAH, namun kiranya CINTA ALLAH itu seakan bukan yang utama, hanya sekadar mencari CINTA MANUSIA dahulu, kemudian baru mencari CintaNya.

Lagu ini hanya perlu didengari oleh mereka yang sahih peribadi imannya, yang tidak perlu lagi diragui CINTA ALLAH dalam dirinya. Begitu juga untuk mereka yang telah mengikat penyatuan yang sah dalam syarak. Kiranya kita mendengar dan mengambil intipati lagu ini, sedangkan CINTA ALLAH masih kita terkapai2 mencarinya, maka lagu INSAN BERNAMA KEKASIH ini, boleh ditafsirkan sebagai 'MEMBELAKANGI CINTA ALLAH' yang hakiki dan abadi.

Ambillah ikhtibar dari lagu SETANGGI SYURGA, yang sangat mendalam ertinya tentang mendamba CINTA TERAGUNG. Setiap bait kata2 dalam lagu ini penuh pengajaran dan 'guides' yang sama sekali membelakangkan CINTA MANUSIA, kerna itulah yang diperlukan untuk kita membersihkan hati, agar kita mencintai manusia, atas dasar cinta yang bersusur galur dari Iman yang sohih, dari Qolbu nurani seorang MUSLIM YANG MUKMIN.

Fikirkanlah. Wallahualam.

4 Comments:

Ahmad said...

Sahabat,
Ku tulis nukilan ini utk diri kita bersama...
agar kita tidak lagi leka..
apatah lagi alpa dgn hakikat perjuangan hakiki..
jgnlah kamu terluka,
andai diriku membataskan tingkah laku mu,
kerana ku sgt menyayangimu..
lebih dari diriku sendiri..

Sahabat, andai kamu mengejar cinta selain cintaNya, diriku tidak akan lari kemana-mana..
malah akan ku setia dijalan ini, utk terus melangkah ke arah cintaNya..namun mungkin kita terpisah dek matlamat yg berbeza..

Ingatlah sahabat,diri ini tidak mahu berasingan darimu..ingin ku terus bersamamu berjuang dan berkorban demi CintaNya..

Dengarlah sahabat, aku yang menyayangimu.

Pengembara said...

Betul,betul....
lagu ni kalau ikutkan aku pun tak berapa nak berkenan sangat...
sebab aku pernah terbaca, hati itu hanya ada satu rongga (ruang) sahaja. Hati yang telah diisi oleh cinta Tuhan bagaimana boleh diisi lagi dengan yang selain-Nya?

Atau mungkin kita berpendapat kita tak nak mengisi ruang tersebut dengan cinta Tuhan sebaliknya cinta manusia?

Cinta Tuhan akan membawa kebaikan semata-mata. Cinta Tuhan akan membawa kepada menghormati ibu bapa, menjaga maruah, mengasihi saudaranya dan lain-lain lagi.

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali, diselitkan sebuah kisah Junaid dengan anak muridnya. Junaid menasihatkan anak muridnya, " Jika orang bertanya kepada engkau adakah engkau mencintai Allah, maka hendaklah engkau diam. Jika engkau berkata tidak, maka engkau adalah orang-orang yang ingkar. Jika kau berkata ya, kau tipu, kerana dirimu masih belum benar2 mencintaiNya".

Oh ye, lagi satu. Aku suka kata-kata kat atas tu. Dalam kesunyian pasti ada keriuhan...itulah gema tarbiyyah dan gemuruh iman......hoho
aku rasa amal bermula, iman tercoret...tu ko kot yang cadangkan, betul?

Ahmedkzaman said...

ye!!
sokong abg ramdan
lagu nih mmg totally jiwang!
mmg xleh pki kalo nk wat bertemakan cinta yang hakiki
kalo nk cinta hakiki,
cariklah dr Allah..
sandarkan pd Allah cinta itu
objektif besar kita adalah Allah..
bknnye manusia/prempuan/lelaki

xsalah utk memperbanyakkan niat..
cam naqib lame sy kate
seboleh2nye plbagaikan niat kita..
TAPI, KENA INGAT
sandarkan niat kita yang terbesar pada Allah

Ahmad said...

Sukar sebenarnya utk kita menawan cinta Ilahi.. semakin dekat kita kpdNya, semakin kuat pula ujian menimpa.. Tapi dengan adanya IMAN, pasti petunjuk Allah akan sentiasa menerangi jalan kita..

"Seseorang itu tidaklah ditimpa musibah, melainkan dengan izin Allah. Barangsiapa yang beriman kpdNya, ditunjuki Allah hatinya, Allah maha mengetahui satiap sesuatu" 64:11

Bersabarlah..
kerna sabar itulah pemujuk diri..

Saya minta maaf.