Wednesday, August 5, 2009

Dia Isteriku, dan Aku Suaminya...

“Assalamualaikum. Tujuan saya menulis e-mail ini adalah untuk memberitahu bahawa saya ingin melamar awak menjadi isteri saya yang sah. Harap awak dapat memaklumkan kepada saya samaada awak bersetuju atau menolak lamaran ini”


“Waalaikumussalam. Terima kasih atas lamaran itu dan kepercayaan saudara terhadap saya untuk dijadikan isteri. Saya minta maaf, kerana saya telah dimiliki seorang hamba Allah yang lain. Saya harap saudara dapat menerima bahawa saya perlu menolak lamaran saudara. Wassalam.”


“Tidak mengapa. Saya membuat keputusan untuk melamar saudari hanya kerana pegangan Islam yang kuat dalam diri saudari. Walaupun saya tidak pernah bercakap mahupun mengenali rapat saudari, tapi dari perwatakan dan pergaulan saudari sudah cukup menggambarkan betapa saudari seorang muslimah yang sejati dan digeruni. Saya menerima ketentuan Allah bahawa saudari bukan milik saya. Semoga terus berbahagia dan dirahmati Allah. Wassalam”


Si lelaki yang terlibat dalam perbualan diatas begitu tenang menghadapi situasi tersebut. Tetapi pada realiti kini, sudah pasti kaum lelaki akan merasai resah, gundah gulana, iri hati, sakit hati, kecewa, dendam, dan macam-macam lagi perasaan andai cintanya ditolak sedemikian rupa. Apa tidaknya, orang yang sentiasa diperhatikannya, yang sentiasa dipuja-puja, disayang-sayang malah terbayang-bayang akhirnya telah melayang! Rugi!


Si lelaki di atas tidak pernah berbual dengan wanita tersebut, malah terus menyatakan hasrat untuk menikahinya. Bukan pula hasrat untuk ber’couple’ dengannya! Si lelaki itu tidak pula kecewa kerana wanita itu menolak lamarannya, kerana dia tidak pernah bercinta dengan wanita itu! Andai sekiranya wanita itu menerima lamaran itu dan menjadi isterinya yang sah, bermula dari situlah mereka saling mencintai.


Dan segalanya bermula apabila mereka terlebih dahulu menemui cinta pertama – cinta Yang Maha Esa. Atas dasar cinta kepada Allah, si lelaki itu mengenali wanita itu bukan pada rupa parasnya tetapi pada aqidah dalam dirinya. Kerana mencintai Allah, si lelaki itu menemui kecantikan akhlaq wanita itu, sopan santun dan malu adalah hijab perisai dirinya, membuatkan si lelaki itu tertanya-tanya betapa tingginya kemuliaan muslimah itu.


Andai seseorang itu mencintai yang lain hanya kerana Allah, nescaya dia akan merasai betapa manisnya iman. Muslimah yang sejati adalah isteri yang solehah, yang tetap taat kepada suaminya yang disayangi, yang mengetahui sifat malu itu perisai hidupnya, dan mengetahui juga tanggungjawabnya kepada suami tercinta, di luar dia tidak dimiliki sesiapa melainkan suaminya kerana aurat yang dilitupinya memelihara cinta mereka bersama.


Tiada ‘couple’ dalam Islam, kerana itu menghampiri zina dan mencampakkan diri kita ke dalam kebinasaan bersama syaitan laknatullah! Andai niat kita baik sekalipun, tetap tidak ada ‘couple’ dalam Islam, kerana menghampiri zina itu haram, apatah lagi melakukannya. Andai masih belum termampu untuk saling menikahi, itu bukan modal untuk menghalalkan yang haram. Teguhkanlah rasa malu dalam diri! Jika tidak, kita tiada bezanya dengan orang kafir yang lain. Malah yang lebih menyedihkan, ada yang murtad semata-mata untuk memperjuangkan cintanya. Tiada yang lain di antara lelaki dan perempuan yang berdua-duaan melainkan yang ketiga itu ialah syaitan! Tidak kira dekat ataunya jauh mereka berhubung, syaitan itu sentiasa bersama mereka. Bisikan dan hembusan syaitan itulah yang menghimpunkan dosa. Biarpun mereka kekal hingga ke akhir hayat, tetapi keredhaan Allah terhadap mereka itu yang menjadi tanda tanya.


Wanita yang perlu memelihara diri, kerana mereka bagaikan sayap kiri pada agama. Wanita yang sanggup menggadai maruah dirinya dengan ber’couple’ adalah wanita yang lupa pada azab seksaan Allah yang amat dahsyat. Tiada rasa malu dalam diri mereka, malah mereka juga tidak akan gentar untuk melakukan perkara yang sama walaupun sudah bersuami kelak. Dan begitu juga kepada lelaki, pastinya akan menemui pasangan hidup yang mengikut kehendak nafsunys semata-mata.


Firman Allah s.w.t;


“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh keampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” An-Nur:26


Sedar tidak sedar, cinta yang terungkap kerana Allah, itulah cinta yang membawa ke syurga! InsyaAllah.

8 Comments:

Maimi Khairi said...

Salam perjuangan kebenaran Ramdan...

Betul kata-kata saudara.. Sy pasti jika cinta kita ditujukan hanya kerana ALLAH, pasti manisnya iman kita.. Memang tiada istilah "couple" tpi itulah yang disanjung2 oleh manusia zaman ini tidak kira Islamkah kita.. InsyaALLAH, moga kita terhindar daripada semua itu...

Ahmad said...

ukhti Maimi, be proud to be a great muslimah.. Islam inside yourself, and forever it'll be there,insyaAllah!

Anonymous said...

salam tarbiayah..

semoga terus berjaya dlm dunia dakwah...

Anonymous said...

salam wrt, ramdan,
stuju tiada istilah couple dalam islam. itulah garis panduan yg terbaik Allah kurniakan kepada kita. kebahagiaan yg dinikmati didunia ni hanya lah sementara, kebahagiaan di akhirat itulah yg selama-lamanya. cintailah Allah melebihi segala-galanya.

Ahmad said...

Syukron jazilan to all.

Bagi saya, mereka yang telah terjebak dalam era couple dan percintaan ini sebenarnya ada cara terbaik untuk diselamatkan. Tentunya sukar bukan untuk terus memutuskan begitu sahaja, malah mungkin menimbulkan perkara-perkara buruk yang lagi dibenci dan ditolak syara'. Sekiranya anda berminda terbuka dan ingin berkongsi, semata-mata demi keredhaan Allah ta'ala, insyaAllah saya mampu mencadangkan sesuatu.

Barakallah fiikum.

Anonymous said...

salam
mmg tiada couple dlm islam. tp ssghnya manusia itu sk kpda bnda yg mungkar..

Ahmad said...

Manusia tidak boleh lari daripada dosa dan kemungkaran..kita perlu membenci dan mengutuk maksiat, tetapi kita tidak boleh membenci saudara kita yang terlibat dengannya..

Itulah wajibnya tanggungjawab kita untuk menjunjung da'wah..Allah ta'ala itu Maha Pengasih Maha Pengampun, sebuih lautan sekalipun dosa kita, akan Allah mengampunkannya, dengan syarat kita perlu bertaubat..

whitemice85 said...

assalamualaikum..penulisan yg sgt menyentuh hati..jika ada kelapangan,ingin mencadangkan saudara Ahmad Ramdan menulis mengenai cinta kerana Allah..Memilih pasangan dan berkahwin kerana Allah..Apakah yang dimaksudkan dengan cinta kerana Allah..Sesuatu yg sgt dicari2..hope dpt dikongsi..terima kasih.