Tuesday, December 22, 2009

Ukhuwwah Itu Cinta

Bila menyebut tentang cinta, tidak lain ramai yang membayangkan tentang percintaan dua jantina – lelaki dan perempuan. Ada juga yang akan merenung sebentar memutar fikiran, dengan tujuan agar dapat memberikan jawapan selain daripada fikiran orang ramai tentang apa itu cinta. Mungkin juga yang terkeluar dari mulut fikiran mereka – cinta itu sayang mak ayah, cinta itu sayang dan ikut sunnah Rasulullah, dan tidak lain juga, ada yang berkata cinta itu cinta teragung kepada Allah!


Ya, semua jawapan itu betul. Tapi saya amat tertarik untuk berkongsi penulisan ini yang berkisar tentang hakikat sebuah cinta atas nama titian ukhuwwah. Bila menyebut tentang ukhuwwah, pasti pula yang terbayang adalah sahabat dan rakan-rakan disekeliling bukan? Ukhuwwah itu sangat besar pengertiannya, tapi saya fokuskan ukhuwwah pada nama cinta itu kepada pengertian yang lebih mudah difahami – cinta pada sahabat.


Mungkin kita selalu dengar ayat-ayat perbualan seperti ini:


“luv u so much!”


“syg awk! Miss u so much!”


“Jumpe lg nnti eyk!? Miss u!”


“luv u 2..muuahh!”


Beberapa ayat perbualan diatas ini sering kali kita jumpai, samaada di web-web sosial seperti Friendster dan Facebook, malah juga jika ‘terbaca’ mesej pada handset kawan kita yang lain, atau tidak terkecuali kita sendiri yang lebih arif dengan ayat-ayat ini! Bukanlah menyindir, tetapi mungkin ayat-ayat ini perlu lebih dilengkapkan lagi, boleh jadi seperti ini:


“luv u so much!” kata Munirah kepada Syuhada..


“syg awk! Miss u so much!” kata Nurul kepada Latifah, sambil memeluk erat rakannya itu.


“Jumpe lg nnti eyk!? Miss u!” jerit Izzah kepada Nor sambil melambai, penuh keakraban.


“luv u 2..muuahh!” kata Siti sambil memimikkan ciuman kepada Azizah, sahabat lamanya…


Itulah yang dimaksudkan. Kita menilai erti lafaz sebuah cinta dalam skop yang begitu besar. Dan inilah lafaz cinta pada ukhuwwah iaitu mencintai sahabat kita yang lain, menyayangi mereka sebagai kekasih hati yang akrab dan memahami. Saya kagum dengan kehidupan kaum Hawa itu sendiri, terutama golongan wanita muslimah yang hidup dalam serba-serbi indahnya ukhuwwah yang terpancar. Mereka bersalam dan berpelukan, memegang erat tali persaudaraan dengan utuh dan penuh kemesraan. Maka tidak mustahil juga bagi mereka berkongsi hati, mencoret nurani dengan kisah hidup mereka yang boleh saling dikongsi. Hati mereka yang terikat atas nama ukhuwwah Islamiyyah itu saling mengerti, tidak terlintas sesaat jua pandangan mata yang saling melihat dan mendalami. Itu yang ada dalam ciri muslimah sejati, yang memiliki teman yang sentiasa mendahului daripada mereka mencari cinta yang tidak punya erti, iaitu cinta seakan monyet yang bergayut dari dahan ke dahan, entah ke mana halatuju yang dicari. Andai tiada ciri perkakasan ini, jangan salahkan hakikat cinta itu sendiri, tapi renungkanlah sejauh mana kita menilai sahabat yang kita miliki.


Sahabat bagaikan sebutir mutiara. Yang menggilapkannya adalah ukhuwwah. Bukan calang-calang ukhuwwah, tapi ukhuwwah yang maksimum utuhnya, pegangan yang tidak gentar putusnya, dan terlekatnya hati mereka dek kerana Iman yang manisnya seperti sabda Baginda Muhammad s.a.w:


ثلاث من كن فيه وجد بهن حلاوة الايمان:أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما وأن يحب المرء لا يحبه الا لله وأن يكره أن يعود فى الكفر بعد أن أنقذه الله منه كما يكره أن يقذف فى النار".

متفق عليه

Daripada Anas r.a:


Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dengannya (tiga perkara tersebut) dia akan merasai kemanisan iman. Seseorang itu menjadikan ALLAH dan RasulNya sebagai yang paling dicintainya, seseorang yang tidak mencintai seseorang melainkan keranaNya dan seseorang yang membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka."


Muttafaqun ‘alaih.


Mengapa saya menyentuh soal manisnya ukhuwwah hanya pada wanita? Mungkinkah eratnya ukhuwwah ini tidak wujud dalam golongan Adam? Bagi saya tidak. Ukhuwwah itu adalah nikmat pemberian Allah untuk sekalian hambaNya. Cuma bagi saya, golongan Adam tidak mungkin mahu melafazkan kata-kata perbualan seperti diatas! Agak janggal bukan?!


Untuk gologan lelaki, jiwa mereka ada sedikit bezanya. Mereka tidak akan terus menilai dan mencari-cari teman untuk dijadikan sahabat yang sejati dan peneman yang setia disisi, tapi bagi mereka yang lebih utama itu adalah tuntutan mencari wanita sebagai kekasih hati. Malah amat rugi sekali, andai kita lupa dan tidak langsung mengambil iktibar tentang eratnya ukhuwwah yang terbina dalam diri para Sahabat bersama Rasulullah s.a.w.


Lelaki itu ada egonya dalam diri. Mungkin mencari sahabat itu bagaikan tiada ‘class’ dan lebih dianggap dan ditohmah dengan fikiran yang bukan-bukan oleh orang lain. Dan apabila masa terus meningkat, jiwa yang gusar dan menggelodak akhirnya akur dengan tuntutan nafsu, mengejar dan mengangkat cinta sebelum akad, maka terciptalah perjalanan mendekati zina yang setiap langkahannya pasti tercatit amalan durhaka.


Sahabat itu andai dia disisi, bukan pula untuk sekadar bergelak tawa, tapi dialah yang memahami dan setiap renungannya mampu mentakrif apa dihati ini. Sahabat itu bila dia disakiti, dia akan ‘pergi’, dan perginya itu bukan meninggalkan diri ini, tapi mencari erti rindu dikala jauh menyepi…dan dia akan kembali dan menyapa, kerana dialah sahabat yang sejati. Sahabat itu tidak pernah luntur doanya untuk ukhuwwah yang terbina, biar kadang-kala kita tidak memahami akan dia mendoakan kita, kerana cukuplah persahabatan dan cinta ini terbentuk atas pengetahuan Allah semata-mata.


Dalam perjalanan hidup yang jauh ini, Allah mengurniakan kita nikmat ukhuwwah yang besar teramatnya, atau mudah difahami sebagai ramai kawan disekeliling kita. Namun, ukhuwwah itu tidak akan bermakna, andai kita tidak sedikit pun mengambil peluang membina cinta bersama atas namaNya – iaitu cinta pada sahabat dan berjuang menuju cintaNya pula.



Sahabat, mungkin dia tidak pernah mengerti bahawa kita mencintainya, kita menyayanginya lebih dari kita menyayangi diri sendiri. Tetapi ingatlah, Allah lebih memahami setiap sudut hati ini, dan Dia lebih mengetahui bahawa kita sebenarnya pemilik ukhuwwah sejati. Carilah sahabat yang bukan sekadar menemani, tetapi jua meniti jalan hidup ini menuju cinta Allah yang hakiki. Dan dengan yang sedemikian itu, abadilah cinta kurnianNya pada perjalanan sebuah ukhuwwah sejati.



12 Comments:

Pengembara said...

saya percayakan 'brotherhood' dan 'sisterhood'. 'brotherhood' pastilah berbeza dengan 'sisterhood' sebab tak biasa berpeluk-pelukan, melafaz-lafaz....

'brotherhood' adalah berupa ketenteraan, perlindungan, kepimpinan, kekuatan - semua aspek yang melebihkan kaum Adam dari kaum Hawa. sedangkan 'sisterhood' adalah lebih kepada kehalusan, kasih sayang yang melimpah ruah, nilai sensitif yang tinggi dan sebagainya.

tapi secara fitrahnya, saya juga minat perempuan walaupun saya percaya pada 'brotherhood'.

Ahmad said...

Syukron Dr. Maher untuk buah fikiran itu.. As for me, the Ukhuwwah fillah itself brings a lot of ways to be thought by each personels. Sahabat dan teman yang setia pastinya menjadi seakan yang menjaga kita, dikala kita sunyi, berduka dan sedih, mahupun tatkala riang gembira..apatah lagi dikala kita disapa syaitan ke arah mungkar dan maksiat, sahabat itu yang memahami wajibnya pula untuk mengekangnya, andai ada rasa kasih dan menyayangi sesama mereka.. adakalanya dikala seseorang itu memilki kekasih hati, dia mudah lupa pada perjalanan hidup kembaranya dalam alam persahabatan lalu..itulah yang kadang kala menyedihkan.. bukanlah bermaksud seorang sahabat yang kita miliki itu tidak boleh memiliki fitrah cinta pada yang lain, cuma yang memilukan itu apabila mungkin dia terlibat dalam cinta-cinta palsu yang menuju zina dan derhaka, maka itulah silapnya yang terdalam dalam diri seorang sahabat andai dia tidak mampu untuk itu...

Anonymous said...

ukhuwwah fillah abadan abada~

teruskan langkah juang ini..berbekalkan semangat persahabatan keranaNya.. ^-^

Ahmad said...

Terima kasih.
Semoga Allah merahmati dan melindungi..=)

NadzSina said...

Assalamualaikum ya habibi ramdan...
pertama sekali sy nk ucapkan tahniah utk ramdan kerana menulis sebuah artikel yg mmbuatkan org2 yg mmbacanya berfikir terutama kepada kaum2 adam(especially ikhwah2)...
cuba kita muhasabah diri kita semula kan...sejauh mana persahabatan kita antara sesama muslim@ikhwah itu...Rasulullah SAW seorg yg kuat dalam dakwahnya kerna salah 1 faktornya,sahabat-sahabat yg sntiasa bersama,mmberi sokongan kpdnya dan berukhwah dgn LillahiTaala...
Sy rasakan perlu lebih kita semai cinta kita sesama ikhwah dan muslim dan lebih byk pengorbanan perlu dilakukan jika ukhwah itu ber`hati`kan Islam

fadly khairie said...

assalamualaikum

ikhwah pun boleh je peluk-peluk, nak cium-cium pipi pun boleh. orang Arab buat je. Maybe kita tak buat, ada latar budaya jadi reason

ukhwah itu boleh dipamerkan sekreatif mungkin. Yang penting sama saling menguatkan, sama saling menasihatkan. Sama-sama dapat cari redha Allah

Ahmad said...

'bersama kita saling menguatkan'
insyaAllah, syukron my beloved murobbi, and my beloved ikhwah too.. =)

. said...
This comment has been removed by a blog administrator.
. said...
This comment has been removed by a blog administrator.
. said...
This comment has been removed by a blog administrator.
. said...
This comment has been removed by a blog administrator.
. said...
This comment has been removed by a blog administrator.