Friday, January 8, 2010

Senyum Murobbi

Malam ini sunyi. Orang lain mesti tengah nyenyak tidur. Tapi diluar tingkap rumah, saya lihat jentera pengorek salji, dan bunyinya memecah kesunyian malam ini.

“Apehal la malam2 nak buat bising? Kesian orang lain nak tidur..ish..” monolog kalbu…

Yang bekerjanya seorang sahaja, dan dia seorang sahaja bersama jenteranya ditepi jalan ais itu. Mengorek dan terus mengorek, dan bunyinya bingit sekali! Saya melihat dan memerhati. Memang benar Allah itu menguasai hati setiap hambaNya, dan terdetik dalam benak fikiran ini tentang hakikat apa yang berlaku dihadapan saya.

Kalau diberikan peluang, tentulah dia ingin bekerja disiang hari. Dia juga manusia, mungkin juga memiliki keluarga, yang memerlukan dia untuk menemani mereka. Tapi hakikatnya, dia hanya boleh memilih malam sebagai ‘siang’ bagi dirinya untuk bekerja. Apa tidaknya, setiap awal pagi lagi jalan diluar rumah saya penuh dengan kereta, berpintas lalu tidak putus-putus! Jadi bagaimana pula nak mengorek salji disiang hari? Bukankah akan lebih menyukarkan orang lain nanti?

“Lagi kesian kalau dia dimaki hamun orang lain sebab buat traffic jam..hanya kerana dia ingin bekerja disiang hari..ish..” monolog kalbu.

Pengorbanan. Mungkin itulah yang boleh saya rumuskan. Pekerja d
an jenteranya itu, berkorban dengan berjaga di malam buta, hanya kerana ingin mengelak hati-hati amarah manusia sekeliling terhadapnya jika dia menganggu mereka disiang hari, meskipun masih ada juga yang amarah kerana jenteranya bingit di waktu malam!

Memilih antara dua yang perit, keperitan itu tetap kekal ada. Memilih samaada bekerja malam atau siang hari, kedua-duanya buat orang tidak puas hati. Tapi pengorbanan itu jawapannya…

Jalan ini jauh. Banyak pula cabangnya. Kalau ke kanan berbatu tajam, ke kiri pula tajam berduri, ke hadapan berbara api, namun kebelakang tidak sekali-kali! Tapi saya juga tidak boleh berdiri disini! Biarlah lambat bergerak daripada terus berhenti!

Murobbi ada jiwa. Kerana dia juga seorang manusia. Cuma jiwa itu sentiasa disaluti cinta. Dan cinta inilah yang menguatkan dia, cinta inilah yang
memandu arah jalan hidup kepada keredhaan Robb. Cinta sehebat ini tidak pernah muncul, melainkan ianya adalah penyatuan cinta daripada yang lain. Ibu mana yang tidak menyayangi anaknya, begitu juga murobbi, yang tidak pernah lekang kasihnya membawa cinta pada setiap mutarobbi.

Ada ketikanya cinta itu menjadi ujian. Dan ujian inilah yang betul-betul mewarnai jalan hidup. Murobbi tidak boleh menyangka warna warni itu sentiasa indah, ianya boleh kabur dan musnah bercampur, sehingga tidak termampu lagi mentafsir warna yang diimpi. Kasih dan cinta itu diberi, bukanlah untuk murobbi dicintai dan dikasihi. Tapi cukuplah kita sekadar memberi dan terus memberi. Biarlah Allah sahaja yang menilai dan mengiktiraf kerja dan usaha kita. Bukan manusia, bukan juga mutarobbi itu sendiri.

Murobbi yang memberi dan terus memberi, janganlah sesekali mengharapkan balasan. Biarpun perit dan sukar kita menanggung beban ini, biarlah kepada Allah kita letakkan segalanya. Murobbi bertanya pula pada dirinya:

“Mungkin aku belum cukup memberi..dan adik-adik belum cukup menerimanya?

Tidak, sebanyak mana jua pengorbanan yang kita gadaikan demi mereka yang kita bawa, hanya Allah yang layak mengagihkannya. Apa yang diagihkanNya – itulah hidayah. Hidayah itu milik Allah! Murobbi duduk dan berfikir, jauh ke dalam hati kecilnya –


“Aku hanyalah manusia biasa, yang menguatkan aku adalah cintaku pada mereka, kerana aku cintakan Allah, dan aku ingin mereka juga mencintaiNya, tapi cinta ini milik Engkau ya Allah, aku tidak mampu menyaingi cinta ciptaanMu, kerana aku insan biasa, dan hidayah itu tetap milikMu”

Coretan perjalanan ini jauh. Kabur atau cerahnya jalan dihadapan ini hanya bergantung pada kekuatan kita. Kalau mereka lemah, kita
tidak boleh ikut lemah. Murobbi perlu kuat. Murobbi perlu banyak bersabar. Murobbi senyum biarpun hatinya muram, tawanya itu tangisan dan kesedihan mendalam. Tapi hati ini sentiasa memujuk:

“Tak mengapa, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku…satu hari nanti Allah pasti akan berikan aku apa yang aku pinta kepadaNya selama ini..biarpun bukan didunia, insyaAllah diakhirat nanti..”

Bila hati sendiri memujuk, rasa begitu tenang untuk terus melangkah. Bila hati ini disapa dengan duka lagi, kita tidak akan lagi berundur tapi terus jauh melangkah.


Saya tidak mahu,
Ukhuwwah kerana dunia,
Pasti tak akan lama,
Musnah dan punah akhirnya..

Saya tidak mahu,
Ukhuwwah tanpa bicara,
Bila terus memendam rasa,
Itu bukan petanda ikhlasnya kita.

Saya hanya mahu,
Allah bersama kita,
Bila berduka dan saling berduka,
cintaNya jua yang mengembalikan kita…




Kini, saya mampu untuk senyum.



16 Comments:

Nadzsina said...

Assalamualaikum ya habibi...coretan hati yang memberi makna kepada hati-hati yang sentiasa inginkan muhasabah...jazakallah ya akhi ;)

Afham said...

Salam.Kerja mengajak kepada kebenaran ni tak pernah senang.Yunus,merajuk meninggalkan kaumnya.Nuh,mengadu pada Tuhan dek kerana sedikit umatya yg mengikutnya.Musa,marah,menarik rambut Harun kerana kesesatan umatnya.Muhammad berdoa pada Allah supaya dikurniakan hidayah pada orang yang dikasihinya,apakan daya,hidayah milik Allah....Semua nabi kasih pada umatnya,mau yang terbaik pada umatnya.Setiap muslim,kasih pada saudaranya,mau yg terbaik untuk saudaranya,mau sama2 mendapat ridha dan nikmat Allah di sana nanti.Apa yg penting,kita sudah,sedang dan akan terus jalankan tanggungjawab kita.Doakn untuk mereka.Jgn biarkan perasaan marah dan mengalah menguasai diri.Pejuang takkan pernah serik,takkan pernah mengalah! "Maka bersabarlah dalam melakukan suruhan Tuhanmu,jgn kamu taat pada org yg berdosa dan kufur"-Al-Insan (24).Wallahu a'lam.

Ahmedkzaman said...

salam aleyk akh..
bg sy kalo nk dipilih antr 2 kburukan
sy akn plh yg mane consequence nye kurg teruk
but still
kne deal ngn consequence yg kurg trok tuh...jgn lari drpd mngatasi consequence tuh..
skadar prkaongsian..

btw,lame xbukak blog nih..
byk yg bez trtinggal
hehe..

Ahmad said...

Waalaikumussalam antum semua.. Jazakillah utk setiap peringatan.. InsyaAllah, kita akan teruskan perjuangan ini hingga maut yang memisahkan..syukron a lot, ukhuwwah antara kita terbukti saling menguatkan..dan saya harap ia kekal hingga ke akhirnya.. Semoga semua tindakan dan kerja kita sentiasa meletakkan Nabi SAW dan para sahabat sebagai panduan dan ikutan.. Mereka tidak pernah lari ujian dan keperitan..malah sahabat disisi itulah yang sentiasa saling menguatkan kerana hati2 mereka adalah hati yang sama, ukhuwwah yang terbina adalah ukhuwwah keranaNya.. Jazakillah antum semua, biarpun dimana kita akan berada selepas ini, cinta dan kasih sayang Allah inilah yang akan terus mengikat kita. Uhibbukum fillah!

Muntalaq said...

Teruskan thabat!

Ahmad Faiz Tamidi said...

assalamualaikum wbt.....
setiap ape yg kite buat kene sntiase ingt bhw Allah brsame kite...dan ingtlah bhw Allah akan mnolong sesiape shj yg menolong agamneNya....insyaAllah teruskan memberi peringatan dan usah berputus asa ya akhi...senyum sokmo deh! (^^)v

aku bukan aku said...

''Murobbi yang memberi dan terus memberi, janganlah sesekali mengharapkan balasan.''


pernah suatu ketika..
lupa sebab..
niat knapa aku buat suma2 ni..
'ter' sebenarnye..
x sedar..

dalam kekaburan itu..
mula pertikaikan..
eh..aku pn manusia jgk..
perlu juga itu ini..
spt mana mereka..
jaga perasaan mereka saja..
perasaan aku?..

sampai begitu skali..
pertikaian dalaman..

'kerja' tertangguh sebentar dlm kekeliruan..

perbaharu niat mungkin?

*dalam memberi dan terus memberi pun harus bijak bukan?..harus beza kn y mana patut dan limit..

=)

jzkk ats perkonsian..

Ahmad said...

Jazakumullah khairan Faiz & Qusyairi..

Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat diwarnai dan diperteguhkan lagi niat ini..Semoga kita semua dapat terus gagah membawa bebanan ini tanpa sedikit pun berpaling dan berputus asa..niat,itulah yang pertama! Syukron!

BumiPasir said...

Permulaan sabar itu pahit, tapi manis akhirnya..
"wazakkir, fainnaz zikroo tanfa'ul mukminiin"
(surah azzaariyat;ayt 55)..

Janganlah berputus asa..seperti yg tertulis.."biarlah lambat,daripada tidak bergerak langsung"

Allah itu dekat, Dia lebih tahu menilai usaha dakwah ini, lebih tahu dari manusia dan jiwa2 mereka..

sahabat said...

Tahniah.teruskan menulis..=)

. said...
This comment has been removed by a blog administrator.
. said...
This comment has been removed by a blog administrator.
. said...
This comment has been removed by a blog administrator.
. said...
This comment has been removed by a blog administrator.
. said...
This comment has been removed by a blog administrator.
. said...
This comment has been removed by a blog administrator.