Sunday, October 3, 2010

Kisah Musim Luruh...

MUSIM luruh sudah tiba. Suhu beberapa hari ini drop dengan mendadak. Heater dalam bilik masih belum berfungsi. Mengigil tidur kesejukan. Semoga Allah berikan perlindungan. Semoga Dia kurniakan kesihatan. Insya-Allah.

Minggu-minggu yang memenatkan dan akan terus kepenatan.

Ulang-alik ke hospital, berkejar ke situ ke sini. Malamnya memerah otak, monolog sendiri, melakar tujuan demi hidup yang perlu terus diharungi. Sehingga ke akhirnya.

Dalam pada membelek-belek helaian buku di bilik, terselit sehelai nota merah yang saya sangat pasti siapa penulisnya.

'Terus tsabit dalam dakwah, jadi daie yang hebat ok!'

Rasa hati ini digenggam erat. Tidak lama dalam khayalan, terimbas pantas semangat dan pedoman seorang murobbi yang sudah kini berjauhan. Namun tidaklah semudah itu untuk lemah dan jatuh, tapi diri ini menjadi semakin yakin dan tsabat hendaknya pada jalan yang satu ini, jalan yang sahih, yang benar untuk Muhammad s.a.w dan sahabat r.a. Inilah toriqud da'wah.

Syukur Robb, Alhamdulillah. Duduknya kita dalam liqa' yang dahulu bukan duduk yang sia-sia. Tapi itu duduknya dalam membina, menanam benih-benih asas fitrah manusiawi, meletakkan orientasi pada kejituan hidup berTuhankan Yang Esa.

Hasilnya, saya masih merasai penatnya berjalan diatas jalan ini. Malah penat itu tidaklah melonglaikan, keringat yang membasahi adalah satu ni'mat yang menyejukkan. Saya mampu tersenyum, terus pula melangkah. Sehingga keakhirnya. Biiznillah.

Kini, Allah datangkan realiti pada kebenaran. Meskipun jauhnya murobbi, namun Allah masih memilih jundi-jundiNya untuk terus tsabat melangkah. Agendanya tetap sama, arah tujunya masih disitu. Tidaklah liqa' itu sekadar bual-bual dan bicara khayalan, tidaklah juga untuk mengagungkan seorang murobbi lebih dari segalanya. Itu bukan liqa' yang hanya sekadar kelas-kelas agama. Habis kelas, tamatlah agendanya. Liqa' seperti ini satu proses yang mandul. Islam tidak akan maju dan bergerak tanpa kesinambungan. Malah itulah yang melemahkan.

'Jazakallah akhi, beradanya aku di atas jalan ini bukan atas rasa terpaksa, bukan kerana kekerasan dan ketidak-ikhlasan hati..namun ini lah pilihan Allah untuk mereka yang terpilih. Semoga Engkau tetapkan aku...'


Penat akan terus kepenatan. Tapi ia satu keseronokan, kerana berbaloinya kita hidup dalam satu arus tujuan, atas satu keyakinan. Jika tiada murobbi disini, ada pula akhi disisi. Dan yang mengikat kita adalah ukhuwwah dan mahabbah, yang terbina atas pohon iman dan aqidah, yang bercambah dari benih-benih tarbiyyah.

Sampai bila jalan ini harus dijalani, itu bukan persoalan. Yang penting, kita terus berjalan.

"...sehingga tiada lagi fitnah, dan agama itu hanya bagi Allah semata..."
al-Baqarah:193