*******************************************************
‘Fahri!!!!!!!!!!!!!!!’.
Fahri
yang terkejut sepantasnya menoleh ke belakang. Diletak semula buku-buku yang
dipegang pada raknya.
Fahri,
seorang anak muda berbadan tegap, berkulit cerah. Kini sedang menuntut di
Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pendidikan. Indah akhlak
peribadinya, seindah senyuman dan lesung pipitnya!
‘Azza!
Buat apa kat sini?’ tanya Fahri.
’Bukan
Azza lah. Julia’, tegas Julia.
Julia,
seorang gadis muda yang cantik, seusia dengan Fahri. Nama sebenarnya
Nur Azza Az Zahrah. Lebih mahu dikenali dengan nama Julia. Julia Wilson.
’I
nak ajak you keluar dinner malam ni, boleh? tanya Julia.
’Keluar
ke mana? Kita berdua je? tanya Fahri, kehairanan.
’I nak
belanja you makan sebab you dah tolong I siapkan reference
course minggu lepas, ingat tak?’ terang Julia dengan harapan untuk
menawan hati Fahri.
’Ingat,
tapi I tak pasti dapat keluar atau tak sebab malam ni...
’Malam
ni you ada usrah?’ sampuk Julia segera.
Fahri
mengangguk perlahan. Julia hanya tersenyum.
Mereka
berdua kemudian berlalu meninggalkan Pusat Sumber itu dan pulang ke rumah
masing-masing.
***********************************************
Setelah
selesai solat Maghrib di Masjid Universiti, Fahri pun pulang dengan berjalan
kaki menuju ke rumah Adam, murobbi usrahnya.
Sedang
berjalan, wajah Fahri berkerut. Fikirannya kusut memikirkan sesuatu. Tentang
Julia.
Setelah
hampir 3 tahun mengenali Julia, Fahri tahu benar bahawa Julia ingin menawan
hatinya. Julia mencintainya. Kerap kali mereka keluar bersama, makan bersama,
belajar bersama. Tetapi dalam diri Fahri, dia merasakan sesuatu yang meresahkan
dan tidak menyenangkan dalam hubungan itu.
Fahri disenangi
rakan-rakan sekuliah dek kerana akhlaq dan peribadinya yang baik, namun pada
dirinya itu seakan kepalsuan tatkala memikirkan keintiman hubungannya dengan Julia.
Fahri menyedari bahawa tiada apa yang dia peroleh dengan belajar agama, solat berjemaah
di masjid-masjid, meringankan kakinya melangkah ke setiap usrah.
’Kenapa
aku buat semua ni kalau aku tak mahu ubah diri aku sendiri?’
monolog Fahri sendirian.
’Ya
Allah, berikanlah aku petunjuk, pimpinlah aku ke jalanMu’, rintih Fahri.
**********************************************
’Alhamdulillah,
sekarang ada sesiapa yang nak sharing sesuatu?’ tanya Adam sebaik sahaja
selesai mengendalikan usrahnya.
Fahri
terdiam di penjuru sudut itu. Dipandangnya ikhwah lain satu per satu dan wajah
murobbinya.
’Fahri?’
tanya Adam.
Fahri
memandang. Pada raut wajahnya ada sesuatu yang ingin dilontarkan.
Dari
situ Fahri bermula. Ceritanya sejak pengenalan dengan Julia sebagai teman
karibnya, sehingga Julia menaruh cinta daripada dirinya.
Hari-hari
yang semakin mematangkan Fahri. Dia sendiri yang menyedari kekhilafan dirinya.
Namun tidak sesekali untuk dia menyalahkan sesiapa, apatah lagi kehadiran Julia
yang mencintainya.
Perkongsian
Fahri malam itu berakhir tanpa tuntasi.
Setibanya
di rumah, Fahri menerima mesej dalam kotak emelnya. Dia duduk dan membacanya.
Assalamualaikum.
Fahri,
sesungguhnya ana menyayangi anta kerana Allah. Curahan hati anta malam tadi
sangat menyentuh hati kecil ini sehingga tidak terkata sebutir lafaz pun untuk
ana jawab dihadapan anta. Hidayah itu sungguh milik Allah. Dia sahaja yang
mengaturkan hidayah kepada hamba-hamba yang Dia pilih untuk berada pada
jalanNya. Fahri, akhlaq mulia itu boleh dimiliki sekelian manusia. Namun akhlaq
mulia disisi Allah itu adalah akhlaq orang-orang beriman. Begitu
juga untuk cinta. Semua manusia memiliki cinta, untuk mencintai dan dicintai
pula. Namun, cinta yang hakiki, cinta yang abadi adalah cinta yang Allah
berikan sebagai hidayah untuk lebih dekat kita mencintaiNya. Ana yakin, Fahri
mampu membuat keputusan yang terbaik. Semoga Allah memeliharamu. Wassalam.
Adam.
’Cinta itu hidayah, untuk kita lebih dekat kepada Allah...’,bisik
Fahri sendirian. Renungannya jauh melambai, bicara hati hingga malam melabuh
tirai.
*************************************************
Pagi
itu dingin. Hujan kelmarin masih santai menyelimuti bumi dengan kabusnya.
Fahri berjalan
menuju ke Pusat Sumber. Padanya dijinjing sebuah bungkusan, dibaluti kain
berwarna jasmine.
’Assalamualaikum’,
sapa Fahri.
’Fahri!
Apa you buat kat sini?’ tanya Julia spontan.
’Saya
datang nak beri sesuatu.’ kata Fahri sambil dihulurkan bungkusan di tangannya
itu.
Fahri pun
berlalu meninggalkan Julia yang masih disitu. Membawa langkah
yang penuh tanda tanya.
Julia duduk
pada tempatnya lalu membuka bungkusan itu. Sebuah buku
tertulis pada muka depannya ’Akulah Muslimah Itu’. Padanya terselit sehelai
nota.
Di
kedalaman hati ini, aku menyembunyi harapan suci. Namun kini bukanlah saat
untuk aku membalas cintamu. Namun jangan disalahkan juga penantian itu. Jika
segalanya terpena sebagai kehendak Ilahi, maka akan ku nanti membawamu ke
Syurga abadi. Namun bukan kita yang memiliki cinta. Yang ingin ditaruh gadai
sebegitu sahaja. Sekiranya pada mu ada yang terbaik dari diriku, maka doaku
sentiasa mengiringi dirimu. Bekalkanlah dirimu dengan taqwa. Hiasilah akhlaqmu
dengan tiraian suci. Iman itu yang mengukuhkan dirimu. Taqwa itulah yang
menjamin kedudukanmu.
Cinta
itu kehidupan, dikala cinta dihidupkan iman. Nakhoda cinta adalah hati, yang
dahagakan pelayaran berkekalan, meskipun laut ini memukul, seluas badai.
Fahri.
’Fahri...’, bisik Julia. Padanya tidak tertahan air mata itu.
Mengalirnya jatuh menitisi hatinya.
*******************************************************
Empat tahun berlalu cukup pantas. Secelik mata sepejam
tidurnya. Pusat Sumber itu menjadi saksi pertemuan dan perbualan terakhir Fahri
dan Julia.
Di suatu petang yang damai, Fahri menerima sepucuk surat
bersampul biru dan ungu cerah.
’Dari Mesir?’ kata Fahri sendirian yang mendapati stem
kota Piramid itu tertampal pada sampulan.
Dibukanya lalu dibaca.
Jemputan ke
Majlis Pernikahan
Al Athiq
Marzuki & Nur Azza Az Zahrah
’Subhanallah,
ya Allah..’, ungkap Fahri dengan kegembiraan pada raut wajahnya.
Fahri
sungguh tidak menyangka, Julia yang telah empat tahun tidak mendengar
khabarnya, akhirnya tiba dengan berita pernikahannya dengan Athiq, seorang
ikhwah di Mesir yang amat Fahri kenali dan segani. Persoalan lalu juga terjawab
pada akhirnya. Julia telah menyambung pelajarannya dalam Bahasa Arab dan
Pengajian Al Quran di Universiti Mansoura, Mesir sebaik tamat menuntut bersama
Fahri di UKM empat tahun lalu.
************************************************************
’Abang, jom balik? tanya Maisarah kepada suaminya,
Fahri.
’Astaghfirullah al azim. Lama ke abang termenung kat
sini?’ tanya Fahri, serba salah.
Maisarah tersenyum manis. Di penjuru jalan itu Fahri yang
terhenti, memulakan langkah baru. Sempat menoleh ke langit biru, padanya awan
tadi hilang sudah, berganti yang baru.
Fahri
dan Maisarah melangkah pulang dari majlis perkahwinan Azza dan Athiq.
Segalanya
berlaku sepantas bicara. Azza kini telah berubah, hanya kerana kuasa cinta yang
diletakkan pada jalan yang sempurna, pada jalan harapan buat Pemilik cinta yang
sebenarnya. Tiada lagi nama Julia yang harus diingati, melainkan kisah lalu
yang menjadi titik pengajaran.
Ahmad Ramdan Zainordin
Pertandingan Mengarang Cerpen
Minggu Kirovsky IMAM Volgograd 2011
2 Comments:
mantap! serius best :)
terima kasih sudi membaca :)
Post a Comment