Sunday, March 25, 2012

Penarik Tali

Fuhhhhhh. Hembus nafas baru di siang Ahad. 

Ada bau-bau angin Spring dah nak tiba! Matahari dah terpacak tinggi tengahari ini. Alhamdulillah. 

Selang 2-3 minggu ke hadapan, rasanya boleh dah kalau nak isytiharkan tamatnya musim sejuk yang terakhir kalinya di bumi beku Rusia ini. Musim sejuk terakhir untuk diriku, yang bakal meninggalkan bumi salju ini dalam tempoh 3 bulan sahaja lagi! InshaAllah.

Pernah beberapa masa lalu berbual-bual dengan seorang sahabat ini. Seorang penulis yang menulis dengan aktifnya dalam blog peribadi sendiri. Berbuallah kami pada hari itu sambil makan biskut cokelat cicah teh cammomile. Slurrpps!

Aku pernah bertanya padanya, apa yang menyebabkan dia selalu bersemangat untuk menulis? Bukan setakat selalu, tapi terlalu semangat!

Em. Katanya, dia ikut pada suasana sekitar... (Perbualan ketika itu terhenti sebentar, masing-masing cicah biskut dalam air teh). Plup! Biskut ku tak sempat masuk mulut, tapi jatuh dulu dalam air teh. Hihihi. 

Lama sangat cicah tuh brother!. Eheh. Betul, sebab lama sangat aku berfikir, suasana bagaimana menyebabkan dia ni sentiasa bersemangat dalam menulis.

Aku akan boleh menulis, kalau aku sendirian. Susah untuk dapatkan idea yang banyak kalau aku tinggal dengan orang ramai. Aku tak boleh menulis, dalam keadaan orang lalu lalang disekeliling. Benar-benar menculik perhatian. Aku tak boleh menulis, dalam keadaan aku disaji dengan makanan ringan, mahupun yang berat. Aku hanya boleh menulis, kalau semua tabs pada laptop ku ini di tutup, yang tinggal adalah ruang untuk aku menulis sahaja. Aku tak boleh menulis kalau tiada cahaya lampu, bunyi jam berdetik pada saatnya, atau bau sambal belacan digoreng hangit dari dapur jiran sebelah rumah.

Huhhh. Terbelalaklah mata ini. Ohh. Inilah dia, seorang penulis yang konsisten, hebat. Suasana betul-betul memainkan peranan dalam hidupnya.

Okeyh. Cerita ini hanya selingan sahaja. Tapi mungkin boleh cari kaitannya.

Pernah tak kalian main tarik tali?

Bila main tarik tali, kedua-dua pasukan akan cuba menarik tali itu dengan sekuat-kuat yang terdaya untuk menang. Jadi, dalam apa jua keadaannya, akan ada satu pihak yang menarik dan lagi satu akan tertarik.

Sudah tentu, yang tertarik itu pasukan yang lemaahhhh, yang akhirnya kalah. Padan muka. Wuahaha!

Kalau tak pernah main tarik tali sekalipun, dunia ni sendiri adalah tarikan.

Macam-macam tarikan ada, menyebabkan kita akan tertarik pada mana-mana yang lebih kuat daya menariknya! Huhuhu.

Kehidupan ini sama je macam main tarik tali. Ada tali dan ada 2 pasukan yang saling menarik.

Hah. Jom! kita imagine kan bagaimana proses tarik tali ni berlaku. 



Manusia itu macam tali. Antaranya ada dua tarikan!

Em. Dapat tangkap tak macam mana? Inilah kehidupan sebenar dunia ini, kalau kita tak tahu.

So kalau dah tahu, kene lah tahu macam mana, dan nak buat apa lepas ni. 

Sebab orang yang sudah tahu apa tarikan yang menyebabkan dia tersesat dari fokusnya, mesti sudah dapat tangkap caranya untuk jauuuhhhh lari dari tarikan itu.

Huh. Macam seorang sahabat yang semangat nak menulis tadi lah. Dia selalu dan terlalu semangat nak menulis sebab dia tahu apa kondisi yang menyebabkan dia boleh menulis, dan lari membawa dirinya dari tertarik pada perkara-perkara yang membantutkan urusan penulisannya. (Ok. sekarang dah tau apa kaitan cerite tadi. hihihihi).

Juru dakwah yang tertarik..

Baik. Aku tidak mahu berkisar sekadar pada manusia sebagai tali yang ditarik-tarik. Maksudku, manusia biasa. Itu sudah jelas.

Tapi aku ingin olah suatu situasi yang cukup dalam dan lebih bermakna, pada kapasitas seorang juru dakwah .

Soalan aku mudah. Dalam komponen-komponen tarik tali (tali dan 2 pasukan), dimana kedudukan dai'e?

Jenggg! Di mana yea?!

Ada yang menjawab, mestilah pasukan yang menarik pada Islam dan Haq! Takkanlah mengaku dai'e tapi menarik pada jahiliyah dan al hawa??

Em. Jawaban ku pada kamu, janganlah perasan sangat! 

Apa, adakah engkau ingat yang dirimu itu malaikat? Para duat itu tetaplah sama seperti manusia juga. Tak ada bezanya bagi mereka untuk tetap ditarik dengan macam-macam anasir yang ada.

Jangan merasai diri sudah cukup layak untuk berada pada pasukan biru, sedangkan selangkah kaki kita masih bertapak pada kotak merah

Huh. Rupanya daie itu ada juga tarikan disekitarnya. Malah rasanya tarikan untuk daie itu lebih kuat, lebih dahsyat. Bukan sekadar ditarik, tapi dicarik robek! 

Syaitan kata : Daie ni orang yang benar-benar aku nak bela. Kalau bolehlah, aku nak tangkap, sembelih, lapah diorang nih. Salut dengan serbuk goreng KFC, then goreng. Makan rangup-rangup. Wuahahaha! Sedaaaappp. Sambil tunjuk isyarat bagus, lidah panjang jilat bibir.

Wahai juru dakwah, jangan engkau katakan tidak! Ini benar. Tarikan kamu sama ada pada iman, niat, ummah dan kesedaran, mahupun tarikan pada syaitan, futur, atau penyakit wahan (al Wahnu- Cintakan dunia, bencikan mati).

Da'ie tidak pernah lari dari tarikan lagha, malaaaaasssss, asyik berangannnn jeee dan berlengah-lengah nak belajar sesuatu yang dia tidak tahu. Berlenggang kangkung je memanjang. Huhuhuhu.

Jangan merasakan diri itu sudah sebenarnya selamat dan terpelihara. Silap hari bulan, boleh masuk semula ke dalam lubang jahiliyah yang tidak disangka-sangka.

Jadi perlu ada masanya untuk kita duduk dan beriman sesaat. Maksudnya, muhasabah!

Ijlis bina nu'min saa'ah! (Marilah kita duduk untuk beriman sesaat) - HR Bukhari.


Bila kita duduk, kita cuba menilai diri. Telitilah sejauh mana iman dan koreksi diri. Sedalam mana kefahaman dan betulkah himmah yang dibina selama ini.

Em. Kedua-dua tarikan ini sentiasa ada. Setiap masa. Saban ketika. 

Kalau kita terkeluar dari pasukan Haq, tiada tempat lagi untuk kita berdiri, melainkan jatuh ke dalam gegelung syaitan. 

Muhasabah dan ber amallah. Peace ^.^


ARZ


















0 Comments: