Thursday, October 4, 2012

Blog Baru

Saya kini sedang mengusahakan penulisan saya di blog baru : ummunuman.blogspots.com

Selamat membaca dan beramal!

Thursday, June 14, 2012

Jalan Panjang

Alhamdulillah!

Akhirnya, tamatlah sudah pengajian saya pada hari ini selama 6 tahun yang telah ditempuhi. Suka duka pahit manis segalanya telah Allah tetapkan. Dan inilah segalanya yang telah saya lalui hingga ke saat ini.

Bermula dengan seorang yang tersangat janggal untuk berada di negara orang menuntut ilmu, kemudian berubah sikit demi sedikit, akhirnya kini sampai juga ke hujungnya.

Tak dinafikan, perubahan dalam diri yang pernah dialami, yang diri ini sendiri menyedarinya, adalah titik tolak tarbiyah. 

Rasanya, kalau tiada hembusan tarbiyah itu dalam diri ini, sudah tentu ke mana sahaja akan hilang melayang di bawa angin.

Akan tetapi, kisah jalan hidup ini masih terlalu panjang, masih terlalu muda untuk di ungkap pada diari harian di hati. Tamat belajar bukanlah tamat segalanya. Maju dalam dakwah dan tarbiyah bukanlah bererti kita akan terus mara tanpa di uji dan di uji lagi dari Nya.

Masih mentah, dan masih terlalu banyak peristiwa di hadapan sana. Tidak dapat dijangka.

Walau apapun, itu lah kita, manusia. Kita tidak boleh lari dari pengharapan pada Allah. Siapa lagi yang lebih tahu tentang diri kita? Ada yang jawab - diri sendiri. Tapi Allah lebih tahu, lebih dari apa yang kita tahu. Allah lagi tahu sampai segala isi hati hamba-hambaNya.

Ingat surah al Mulk ayat 13: 'wa asirru qaulakum awijharu bihi innahu 'aalimu bidza tissudurr' - Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh Allah maha mengetahui segala isi hati.

Inilah jalan kehidupan. Jalan perantara untuk sebuah keabadian.




Majalah JOM! isu 03 terkini di pasaran!

Penulisan saya dalam JOM! isu 03









Wednesday, June 13, 2012

Awan Biru

Assalamualaikum.

Sudah lama teramat saya tidak menulis. Saya ada menulis, tapi masih tersimpan kemas dalam hard drive di atas meja. 

Apa-apa pun, hari ini saya santai sahaja. Sambil buat last preparation untuk final paper esok, saya nak perkenalkan penyejuk dan penyeri mata kehidupan saya.

Lahirnya pada 12 April 2012 di Volgograd, Russia. Semalam sudah genap usianya 2 bulan. Alhamdulillah. Berat pun dah semakin bertambah, indikasi perlu beli stroller sebab dah lenguh tangan bak mengangkat dumb bell. :)

Doakan Ahmad Nu'man Al Farouq ini menjadi abid yang bertaqwa,  membesar dengan sihat dalam suasana iman yang subur. Ameen. InshaAllah.

Ahmad Nu'man Al Farouq Bin Ahmad Ramdan



Sunday, March 25, 2012

Penarik Tali

Fuhhhhhh. Hembus nafas baru di siang Ahad. 

Ada bau-bau angin Spring dah nak tiba! Matahari dah terpacak tinggi tengahari ini. Alhamdulillah. 

Selang 2-3 minggu ke hadapan, rasanya boleh dah kalau nak isytiharkan tamatnya musim sejuk yang terakhir kalinya di bumi beku Rusia ini. Musim sejuk terakhir untuk diriku, yang bakal meninggalkan bumi salju ini dalam tempoh 3 bulan sahaja lagi! InshaAllah.

Pernah beberapa masa lalu berbual-bual dengan seorang sahabat ini. Seorang penulis yang menulis dengan aktifnya dalam blog peribadi sendiri. Berbuallah kami pada hari itu sambil makan biskut cokelat cicah teh cammomile. Slurrpps!

Aku pernah bertanya padanya, apa yang menyebabkan dia selalu bersemangat untuk menulis? Bukan setakat selalu, tapi terlalu semangat!

Em. Katanya, dia ikut pada suasana sekitar... (Perbualan ketika itu terhenti sebentar, masing-masing cicah biskut dalam air teh). Plup! Biskut ku tak sempat masuk mulut, tapi jatuh dulu dalam air teh. Hihihi. 

Lama sangat cicah tuh brother!. Eheh. Betul, sebab lama sangat aku berfikir, suasana bagaimana menyebabkan dia ni sentiasa bersemangat dalam menulis.

Aku akan boleh menulis, kalau aku sendirian. Susah untuk dapatkan idea yang banyak kalau aku tinggal dengan orang ramai. Aku tak boleh menulis, dalam keadaan orang lalu lalang disekeliling. Benar-benar menculik perhatian. Aku tak boleh menulis, dalam keadaan aku disaji dengan makanan ringan, mahupun yang berat. Aku hanya boleh menulis, kalau semua tabs pada laptop ku ini di tutup, yang tinggal adalah ruang untuk aku menulis sahaja. Aku tak boleh menulis kalau tiada cahaya lampu, bunyi jam berdetik pada saatnya, atau bau sambal belacan digoreng hangit dari dapur jiran sebelah rumah.

Huhhh. Terbelalaklah mata ini. Ohh. Inilah dia, seorang penulis yang konsisten, hebat. Suasana betul-betul memainkan peranan dalam hidupnya.

Okeyh. Cerita ini hanya selingan sahaja. Tapi mungkin boleh cari kaitannya.

Pernah tak kalian main tarik tali?

Bila main tarik tali, kedua-dua pasukan akan cuba menarik tali itu dengan sekuat-kuat yang terdaya untuk menang. Jadi, dalam apa jua keadaannya, akan ada satu pihak yang menarik dan lagi satu akan tertarik.

Sudah tentu, yang tertarik itu pasukan yang lemaahhhh, yang akhirnya kalah. Padan muka. Wuahaha!

Kalau tak pernah main tarik tali sekalipun, dunia ni sendiri adalah tarikan.

Macam-macam tarikan ada, menyebabkan kita akan tertarik pada mana-mana yang lebih kuat daya menariknya! Huhuhu.

Kehidupan ini sama je macam main tarik tali. Ada tali dan ada 2 pasukan yang saling menarik.

Hah. Jom! kita imagine kan bagaimana proses tarik tali ni berlaku. 



Manusia itu macam tali. Antaranya ada dua tarikan!

Em. Dapat tangkap tak macam mana? Inilah kehidupan sebenar dunia ini, kalau kita tak tahu.

So kalau dah tahu, kene lah tahu macam mana, dan nak buat apa lepas ni. 

Sebab orang yang sudah tahu apa tarikan yang menyebabkan dia tersesat dari fokusnya, mesti sudah dapat tangkap caranya untuk jauuuhhhh lari dari tarikan itu.

Huh. Macam seorang sahabat yang semangat nak menulis tadi lah. Dia selalu dan terlalu semangat nak menulis sebab dia tahu apa kondisi yang menyebabkan dia boleh menulis, dan lari membawa dirinya dari tertarik pada perkara-perkara yang membantutkan urusan penulisannya. (Ok. sekarang dah tau apa kaitan cerite tadi. hihihihi).

Juru dakwah yang tertarik..

Baik. Aku tidak mahu berkisar sekadar pada manusia sebagai tali yang ditarik-tarik. Maksudku, manusia biasa. Itu sudah jelas.

Tapi aku ingin olah suatu situasi yang cukup dalam dan lebih bermakna, pada kapasitas seorang juru dakwah .

Soalan aku mudah. Dalam komponen-komponen tarik tali (tali dan 2 pasukan), dimana kedudukan dai'e?

Jenggg! Di mana yea?!

Ada yang menjawab, mestilah pasukan yang menarik pada Islam dan Haq! Takkanlah mengaku dai'e tapi menarik pada jahiliyah dan al hawa??

Em. Jawaban ku pada kamu, janganlah perasan sangat! 

Apa, adakah engkau ingat yang dirimu itu malaikat? Para duat itu tetaplah sama seperti manusia juga. Tak ada bezanya bagi mereka untuk tetap ditarik dengan macam-macam anasir yang ada.

Jangan merasai diri sudah cukup layak untuk berada pada pasukan biru, sedangkan selangkah kaki kita masih bertapak pada kotak merah

Huh. Rupanya daie itu ada juga tarikan disekitarnya. Malah rasanya tarikan untuk daie itu lebih kuat, lebih dahsyat. Bukan sekadar ditarik, tapi dicarik robek! 

Syaitan kata : Daie ni orang yang benar-benar aku nak bela. Kalau bolehlah, aku nak tangkap, sembelih, lapah diorang nih. Salut dengan serbuk goreng KFC, then goreng. Makan rangup-rangup. Wuahahaha! Sedaaaappp. Sambil tunjuk isyarat bagus, lidah panjang jilat bibir.

Wahai juru dakwah, jangan engkau katakan tidak! Ini benar. Tarikan kamu sama ada pada iman, niat, ummah dan kesedaran, mahupun tarikan pada syaitan, futur, atau penyakit wahan (al Wahnu- Cintakan dunia, bencikan mati).

Da'ie tidak pernah lari dari tarikan lagha, malaaaaasssss, asyik berangannnn jeee dan berlengah-lengah nak belajar sesuatu yang dia tidak tahu. Berlenggang kangkung je memanjang. Huhuhuhu.

Jangan merasakan diri itu sudah sebenarnya selamat dan terpelihara. Silap hari bulan, boleh masuk semula ke dalam lubang jahiliyah yang tidak disangka-sangka.

Jadi perlu ada masanya untuk kita duduk dan beriman sesaat. Maksudnya, muhasabah!

Ijlis bina nu'min saa'ah! (Marilah kita duduk untuk beriman sesaat) - HR Bukhari.


Bila kita duduk, kita cuba menilai diri. Telitilah sejauh mana iman dan koreksi diri. Sedalam mana kefahaman dan betulkah himmah yang dibina selama ini.

Em. Kedua-dua tarikan ini sentiasa ada. Setiap masa. Saban ketika. 

Kalau kita terkeluar dari pasukan Haq, tiada tempat lagi untuk kita berdiri, melainkan jatuh ke dalam gegelung syaitan. 

Muhasabah dan ber amallah. Peace ^.^


ARZ


















Saturday, March 17, 2012

Kerja ni bukan senang!

Salam!

Alhamdulillah. Syukur ada masa juga diberikan untuk menulis. Bukan selama beberapa bulan ni duduk beristirehat je, tapi ada keperluan lain yang harus didahulukan. 

Ni pun syukur lah teramat, walaupun lepas ni akan kembali menyepi semula... 

Selama beberapa bulan ni sahaja, terlalu banyak yang aku belajar, begitu banyak perkara yang mendewasai jiwa muda ini. hukhuk.

Bukan kerana kita masuk kepada dunia dakwah dan tarbiyah, bermaksud kita nak jadi macam pendeta untuk capai nirwana dengan bertapa dalam gua atau kurung diri sendiri dalam tokong bersama berhala. Macam ala-ala cerita Journey to the West tuh!

Bukan!

Tapi indikasi terpenting kita dalam dunia ini, adalah sejauh mana kita ambil dakwah dan tarbiyah ini untuk kita letakkan dalam kehidupan kita. Tak guna kalau bertahun kepuk sampai berhabuk atau sampai terkoyak helaian buku-buku usrah kita yang diguna bertahun-tahun tu, tapi kita tak pernah mahu dan tak pernah tahu untuk ambil tahu apa yang sepatutnya kita harus tahu.

Sebab itu, kita bukan hanya sekadar perlu hidup dengan tarbiyah, tapi tarbiyah harus hidup bersama-sama diri dan hati kita.

Bukan mudah berdakwah! Dakwah itu bukan semudah menyeru dan mengajak, tapi tambah satu lagi point penting iaitu kebaikan. 

Sesiapa pun boleh mengajak orang lain. Nak ajak pergi kedai kopi, main bola, menari, dating...semua boleh!

Tapi berapa ramai yang mahu mengajak orang kepada kebaikan berbanding kepada taghut?! Sebab itulah jalan ini bukan mudah. 

Entah. Kalau situasi yang pernah aku alami dan amati, mengajak manusia ni ke program-program ilmiah umum pun susah dan payah. 

Ingat! tu program ilmiah umum tau, belum lagi ajak pergi program Islamik, apatah lagi usrah! alergik lah, geli lah, hipokrit lah, aku orang jahat lah, aku tak layak lah. Macam-macam ada!

Tapi, kenapa umat ini khususnya, terlalu mudah diajak ke arah jalan-jalan lagha dan taghut. Hati dan badan mereka seakan ada magnet yang melekat dengan jahiliyah ini.

Senang betul kalau nak ajak pergi shopping ke, makan ke, main games ke.. Petik jari kelingking je dah berduyun orang datang sambil terbang sekali!


Wah! Superman pun terbang sekali ke?! Patutlah orang lain ikot!

Ingat, kalau Allah nak orang-orang ni beriman dan kembali kepada Allah dan meninggalkan jahiliyah, Allah boleh buat sekejaaap je.

Dan hak Allah menerangkan jalan yang lurus, dan di antaranya ada (jalan) yang menyimpang. Dan jika Dia mengkehendaki, tentu Dia memberi petunjuk kamu semua (ke jalan yang benar) 16:9

Tapi manusia itu yang sombong, jalan dihadapannya untuk dekat kepada Allah sudah terbentang luas, malah mereka tahu akan adanya petunjuk yang datangnya dari Allah. Tapi, nafsu juga akhirnya menyebabkan meraka larut, hanyut, lemas dan akhirnya mati dalam jahiliyah yang tak pernah mahu melepaskan diri.

Aduhai Kassim! Sudah inilah fitrahnya jalan dakwah ini. Jangan haraplah nak terlepas dari ujian. Kekadang memang kita akan rasa frust, tertekan, merajuk dan macam-macam lagi. Tapi apalah gunanya nak berperangai macam ini, kalau kita mengaku diri sebagai daie?!

Daie tu peranannya hanya menyampaikan apa yang perlu disampaikan. Terpulang pada penerimanya untuk ambil atau tidak. Sebab itu urusan Allah, bukan kita. Kekadang kita merungut macam-macam. Tak perlu ok! Kalau nak merungut jugak, sila baca semula fiqh dakwah pak cik Mustafa Masyhur. Dush!

Orang boleh kata kita gila atau pelik, kenapa nak buat semua benda jadah ni. Mengajak orang pada kebaikan tapi orang tak mahu ikut. Lepas tu dapat kecewa dan semput dada lagi adalah! Huhuhu.

Rasulullah buat kerja ni, orang kafir kata baginda gila. Tapi Rasulullah tidak gila. Janganlah diikut apa yang orang lain kata, apa yang orang lain fikir tentang kerja kita. Sebab tu daie harus bekerja atas kefahaman yang betul. Faham! 

Bila orang pertikai kerja kita, kita faham bahwa kita buat kerje betul, dan kita tak gila! Kalau kita tak faham, semestinya lepas tu kita akan jawab - Haah laaa, aku ni gila rupanya!

Tapi yang paling memberi cabaran, bila kita menyeru kepada orang lain, tapi seruan ini ditolak serta-merta, malah orang lain juga dihasutnya agar meninggalkan jalan ini sama-sama dia. Ada ke patut macam tuh?!

Buruk betul apa yang mereka buat. 

Mereka menjualbelikan ayat-ayat Allah dengan harga murah, lalu mereka menghalangi orang dari jalan Allah. Sungguh betapa buruknya apa yang mereka kerjakan. 9:9

Jadi ingatlah sedalam-dalam ingatan yang ada. Jalan ini tidak semudah yang kita sangkakan. Tidak mustahil orang yang sudah lama berada dalam perjuangan ini boleh juga akhirnya kecundang di tengah jalan. Semuanya mungkin gara-gara permulaan yang tidak betul, niat yang tidak sewajarnya, atau mungkin sebab kita tidak sanggup meninggalkan jahiliyah yang ammmaaaattt kita sayangi itu!

Awasilah, dakwah ini suci, jangan sesekali dicemari dengan onar-onar yang mencabuli kesucian ini.

Orang lain tak nak pergi program-program kebaikan, malah berbondong-bondong dengan anak bini kengkawan semua pergi konsert ikhtilat dan maksiat. Tak mengapalah, disitulah kerja kita untuk membawa perubahannya. Kalau semua Allah berikan petunjuk, dimana peranan khalifah itu harus dimainkan?

Peace ^..^


ARZ

Em. Lawa tak? Macam ni lah jalan kita. Semoga istiqamah untuk ke penghujungnya!



Saturday, February 11, 2012

Akulah Muslimah Itu



 Dan Fahri yang sendiri. Bertemankan bayang-bayang sepi. Di penjuru jalan itu langkahnya terhenti. Dia melihat ke langit biru. Mengambil hembusan nafas baru.

*******************************************************

‘Fahri!!!!!!!!!!!!!!!’.

Fahri yang terkejut sepantasnya menoleh ke belakang. Diletak semula buku-buku yang dipegang pada raknya.

Fahri, seorang anak muda berbadan tegap, berkulit cerah. Kini sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pendidikan. Indah akhlak peribadinya, seindah senyuman dan lesung pipitnya!

‘Azza! Buat apa kat sini?’ tanya Fahri.

’Bukan Azza lah. Julia’, tegas Julia.

Julia, seorang gadis muda yang cantik, seusia dengan Fahri. Nama sebenarnya Nur Azza Az Zahrah. Lebih mahu dikenali dengan nama Julia. Julia Wilson.

I nak ajak you keluar dinner malam ni, boleh? tanya Julia.

’Keluar ke mana? Kita berdua je? tanya Fahri, kehairanan.

’I nak belanja you makan sebab you dah tolong I siapkan reference course minggu lepas, ingat tak?’ terang Julia dengan harapan untuk menawan hati Fahri.

’Ingat, tapi I tak pasti dapat keluar atau tak sebab malam ni...

’Malam ni you ada usrah?’ sampuk Julia segera.

Fahri mengangguk perlahan. Julia hanya tersenyum.

Mereka berdua kemudian berlalu meninggalkan Pusat Sumber itu dan pulang ke rumah masing-masing.

***********************************************

Setelah selesai solat Maghrib di Masjid Universiti, Fahri pun pulang dengan berjalan kaki menuju ke rumah Adam, murobbi usrahnya.

Sedang berjalan, wajah Fahri berkerut. Fikirannya kusut memikirkan sesuatu. Tentang Julia.

Setelah hampir 3 tahun mengenali Julia, Fahri tahu benar bahawa Julia ingin menawan hatinya. Julia mencintainya. Kerap kali mereka keluar bersama, makan bersama, belajar bersama. Tetapi dalam diri Fahri, dia merasakan sesuatu yang meresahkan dan tidak menyenangkan dalam hubungan itu.

Fahri disenangi rakan-rakan sekuliah dek kerana akhlaq dan peribadinya yang baik, namun pada dirinya itu seakan kepalsuan tatkala memikirkan keintiman hubungannya dengan Julia. Fahri menyedari bahawa tiada apa yang dia peroleh dengan belajar agama, solat berjemaah di masjid-masjid, meringankan kakinya melangkah ke setiap usrah.

’Kenapa aku buat semua ni kalau aku tak mahu ubah diri aku sendiri?’ monolog Fahri sendirian.

’Ya Allah, berikanlah aku petunjuk, pimpinlah aku ke jalanMu’, rintih Fahri.

**********************************************
’Alhamdulillah, sekarang ada sesiapa yang nak sharing sesuatu?’ tanya Adam sebaik sahaja selesai mengendalikan usrahnya.

Fahri terdiam di penjuru sudut itu. Dipandangnya ikhwah lain satu per satu dan wajah murobbinya.

’Fahri?’ tanya Adam.

Fahri memandang. Pada raut wajahnya ada sesuatu yang ingin dilontarkan.

Dari situ Fahri bermula. Ceritanya sejak pengenalan dengan Julia sebagai teman karibnya, sehingga Julia menaruh cinta daripada dirinya.

Hari-hari yang semakin mematangkan Fahri. Dia sendiri yang menyedari kekhilafan dirinya. Namun tidak sesekali untuk dia menyalahkan sesiapa, apatah lagi kehadiran Julia yang mencintainya.

Perkongsian Fahri malam itu berakhir tanpa tuntasi.

Setibanya di rumah, Fahri menerima mesej dalam kotak emelnya. Dia duduk dan membacanya.

Assalamualaikum.

Fahri, sesungguhnya ana menyayangi anta kerana Allah. Curahan hati anta malam tadi sangat menyentuh hati kecil ini sehingga tidak terkata sebutir lafaz pun untuk ana jawab dihadapan anta. Hidayah itu sungguh milik Allah. Dia sahaja yang mengaturkan hidayah kepada hamba-hamba yang Dia pilih untuk berada pada jalanNya. Fahri, akhlaq mulia itu boleh dimiliki sekelian manusia. Namun akhlaq mulia disisi Allah itu adalah akhlaq orang-orang beriman. Begitu juga untuk cinta. Semua manusia memiliki cinta, untuk mencintai dan dicintai pula. Namun, cinta yang hakiki, cinta yang abadi adalah cinta yang Allah berikan sebagai hidayah untuk lebih dekat kita mencintaiNya. Ana yakin, Fahri mampu membuat keputusan yang terbaik. Semoga Allah memeliharamu. Wassalam.

                                                                                                                                                   Adam.



’Cinta itu hidayah, untuk kita lebih dekat kepada Allah...’,bisik Fahri sendirian. Renungannya jauh melambai, bicara hati hingga malam melabuh tirai.

*************************************************

Pagi itu dingin. Hujan kelmarin masih santai menyelimuti bumi dengan kabusnya.

Fahri berjalan menuju ke Pusat Sumber. Padanya dijinjing sebuah bungkusan, dibaluti kain berwarna jasmine.

’Assalamualaikum’, sapa Fahri.

’Fahri! Apa you buat kat sini?’ tanya Julia spontan.

’Saya datang nak beri sesuatu.’ kata Fahri sambil dihulurkan bungkusan di tangannya itu.

Fahri pun berlalu meninggalkan Julia yang masih disitu. Membawa langkah yang penuh tanda tanya.

Julia duduk pada tempatnya lalu membuka bungkusan itu. Sebuah buku tertulis pada muka depannya ’Akulah Muslimah Itu’. Padanya terselit sehelai nota.

Di kedalaman hati ini, aku menyembunyi harapan suci. Namun kini bukanlah saat untuk aku membalas cintamu. Namun jangan disalahkan juga penantian itu. Jika segalanya terpena sebagai kehendak Ilahi, maka akan ku nanti membawamu ke Syurga abadi. Namun bukan kita yang memiliki cinta. Yang ingin ditaruh gadai sebegitu sahaja. Sekiranya pada mu ada yang terbaik dari diriku, maka doaku sentiasa mengiringi dirimu. Bekalkanlah dirimu dengan taqwa. Hiasilah akhlaqmu dengan tiraian suci. Iman itu yang mengukuhkan dirimu. Taqwa itulah yang menjamin kedudukanmu.   

Cinta itu kehidupan, dikala cinta dihidupkan iman. Nakhoda cinta adalah hati, yang dahagakan pelayaran berkekalan, meskipun laut ini memukul, seluas badai.

Fahri.


’Fahri...’, bisik Julia. Padanya tidak tertahan air mata itu. Mengalirnya jatuh menitisi hatinya.

*******************************************************
Empat tahun berlalu cukup pantas. Secelik mata sepejam tidurnya. Pusat Sumber itu menjadi saksi pertemuan dan perbualan terakhir Fahri dan Julia.

Di suatu petang yang damai, Fahri menerima sepucuk surat bersampul biru dan ungu cerah.

’Dari Mesir?’ kata Fahri sendirian yang mendapati stem kota Piramid itu tertampal pada sampulan.

Dibukanya lalu dibaca.

Jemputan ke Majlis Pernikahan
Al Athiq Marzuki & Nur Azza Az Zahrah


’Subhanallah, ya Allah..’, ungkap Fahri dengan kegembiraan pada raut wajahnya.

Fahri sungguh tidak menyangka, Julia yang telah empat tahun tidak mendengar khabarnya, akhirnya tiba dengan berita pernikahannya dengan Athiq, seorang ikhwah di Mesir yang amat Fahri kenali dan segani. Persoalan lalu juga terjawab pada akhirnya. Julia telah menyambung pelajarannya dalam Bahasa Arab dan Pengajian Al Quran di Universiti Mansoura, Mesir sebaik tamat menuntut bersama Fahri di UKM empat tahun lalu.

************************************************************

’Abang, jom balik? tanya Maisarah kepada suaminya, Fahri.

’Astaghfirullah al azim. Lama ke abang termenung kat sini?’ tanya Fahri, serba salah.

Maisarah tersenyum manis. Di penjuru jalan itu Fahri yang terhenti, memulakan langkah baru. Sempat menoleh ke langit biru, padanya awan tadi hilang sudah, berganti yang baru.

Fahri dan Maisarah melangkah pulang dari majlis perkahwinan Azza dan Athiq.

Segalanya berlaku sepantas bicara. Azza kini telah berubah, hanya kerana kuasa cinta yang diletakkan pada jalan yang sempurna, pada jalan harapan buat Pemilik cinta yang sebenarnya. Tiada lagi nama Julia yang harus diingati, melainkan kisah lalu yang menjadi titik pengajaran.





Ahmad Ramdan Zainordin
Pertandingan Mengarang Cerpen
Minggu Kirovsky IMAM Volgograd 2011

Monday, January 16, 2012

Mendung Aqsa


Mendung Aqsa semalam
Sepi sunyi bersilih kelam
Hanya rintihan jiwa-jiwa yang muram
Membasahi lantai berbumbungkan malam.

Ke mana hilang sejarah itu?
Hanya diungkap dimulut lalu?

Semalam Aqsa mendung lagi
Nurani yang dirampas, dikejam, di caci maki.
Jiwa yang bebas dikurung kembali.
Harapan yang rentap, diranap punah
Bisa membuak luka lama bernanah.

Ke mana hilang pejuang abadi?
Di mana mukmin yang mengaku sejati?

Aqsa semalam mendung lagi
Mengharap sinar secerah mentari
Pada himmah Salahudin al-Ayubi.

Semalam Aqsa mendung lagi
Dimana menyepi anak-anak pertiwi?
Langkahan sunyi dalam riuh duniawi
Nah! Dimana refleksi umat ini?
Iman kering berdebu di hati
Jahiliyah pula yang mekar disuburi.

Hiba, sayu pejuang tua
Sehiba mendung di Aqsa semalam
Memikul janji intifada abadi
Biar luka lama berdarah kembali
Biarlah tercalit di kota isra’ ini

Di sudut itu si tua melangkah
Menjinjing tangan mujahid jannah
Bisikan penguat jasad yang rebah
’’Jalan ini tidak pernah lesu
Syurga itu janji yang Satu”



Nukilan:

Ahmad Ramdan Zainordin
Minggu Kirovsky IMAM Volgograd 2011

Thursday, November 17, 2011

Siapa Pemimpin?


Siapa yang kita mahu untuk dijadikan pemimpin?
Mungkinkah pemimpin idola semacam ini?



Atau bagi kita, siapa pemimpin itu tidak penting.
Yang penting pemimpin itu tahu buat kerja..!

Ada benarnya apa yang kita fikirkan itu. Tetapi lagi pasti kebenarannya kalau akal kita itu bersandarkan pada apa yang digariskan al-Quran dan sunnah. 

"Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mu’min. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah." (An Nisaa 4:138-139).

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu): sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagiaan yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim ” ( Al-Quran, Al Maidah:51)

“Hai orang2 yang beriman! Janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu menjadi pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan. Dan siapa di antara kamu menjadikan mereka menjadi pemimpin, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (Al Quran, At Taubah:23)

“Hai orang2 yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali (teman atau pelindung)” (Al-Quran, An Nisaa:144)

“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi pemimpin, bukan orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, bukanlah dia dari (agama) Allah sedikitpun…” (Al-Quran, Ali Imran:28)

Pemimpin itu Daie!
“Barang siapa melihat kemungkaran, maka hendaknya ia merubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka hendaknya merubah dengan lisannya, jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Dan yang demikian itulah selemah-lemahnya iman”. (HR. Muslim)
Seorang daie tidak membawa ummat ke arah jahiliyyah, malah tegas dalam membanteras jahiliyyah itu hingga ke akar umbi.
Imam Ibnu Katsir menukil satu hadith yang berbunyi :
“Barangsiapa menyeru dengan seruan-seruan jahiliyah maka sesungguhnya dia menyeru ke pintu jahanam.” Berkata seseorang : “Ya Rasulullah, walaupun dia puasa dan shalat?” “Ya, walaupun dia puasa dan shalat, walaupun dia mengaku Muslim. Maka menyerulah kalian dengan seruan yang Allah telah memberikan nama atas kalian, yaitu : Al Muslimin, Al Mukminin, Hamba-Hamba Allah.” (HR. Imam Ahmad)


Pemimpin harus jujur!
Dari Ma’qil ra. Berkata: Saya akan menceritakan kepada engkau hadith yang saya dengar dari Rasulullah saw. Dan saya telah mendengar baginda bersabda: “Seseorang yang telah ditugaskan Tuhan untuk memerintah rakyat, kalau ia tidak memimpin rakyat dengan jujur, niscaya dia tidak akan memperoleh bau Syurga”. (HR. Bukhari)


Jadilah pemimpin yang adil!
Dari Abu Hurairah ra, ia berkata, bahwasanya Rasulullah saw bersabda: 
“Ada tujuh golongan manusia yang kelak akan memperoleh naungan dari Allah pada hari yang tidak ada lagi naungan kecuali naungan-Nya, (mereka itu ialah):
1. Imam/pemimpin yang adil;
2. Pemuda yang terus-menerus hidup dalam beribadah kepada Allah;
3. Seorang yang hatinya tertambat di masjid-masjid;
4. Dua orang yang bercinta-cintaan karena Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah pun karena Allah;
5. Seorang pria yang diajak (berbuat serong) oleh seorang wanita kaya dan cantik, lalu ia menjawab “sesungguhnya aku takut kepada Allah”;
6. Seorang yang bersedekah dengan satu sedekah dengan amat rahasia, sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya;
7. Seorang yang selalu ingat kepada Allah (dzikrullâh) di waktu sendirian, hingga melelehkan air matanya.
(HR. Bukhari dan Muslim)

“Hai orang-orang yang beriman! Tegakkanlah keadilan sebagai saksi karena Allah. Dan janganlah rasa benci mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana itu lebih dekat dengan taqwa…” (Al Quran, Al-Maidah: 8) 


Ahmad Ramdan Zainordin
17 November 2011, 1.52PM
Volgograd, Rusia

Saturday, November 12, 2011

Berilmu Tanpa Berakhlaq

Kes 1 :

Ada seorang pelajar baru memasuki kuliah ilmu, lalu belajarlah ia dua, tiga hadith dari gurunya. Kemudian dia sudah menghafaz sedikit sebanyak ayat al Quran. Gurunya itulah satu-satunya yang dijadikan sumber rujukan. Segala-galanya yang betul datangnya dari gurunya. Pasti tiada salah. Lalu ia mula bermain dengan persoalan hukum. Sebab dirasanya diri sudah cukup ilmu untuk berfatwa. Mana-mana yang tidak berkenan atau bercanggah dengan pendapatnya dia mengatakan itu adalah sesat barat.

Sehinggakan habis dihukum ulamak yang muktabar, mujtahid adalah tersilap pandangan mereka. Dengan memberi alasan yang dirasanya paling kukuh - ulamak tidak maksum, berhujjah mestilah mengikut dalil yang paling sahih dan terkuat.

Malangnya - yang betul baginya adalah ulamak yang ia ikut, tetapi ulamak yang lain pasti salah. Pasti salah hadithnya, dan berkemungkinan aqidah ulamak itu terkeluar dari ahlu sunnah wal jama'ah. Manakala dalil yang terkuat baginya - juga sebenarnya adalah dari apa yang ia dapat sendiri dari kitab yang ia baca. Tentunya dalil itu juga dari ulamak yang ia taksubkan.

Bermulalah era baru yang dizikirkan di bibirnya adalah - itu haram, ini bid'ah, engkau sesat!



Kes 2 :

Seorang murid, sudah diajar akhlaq oleh gurunya. Tentang adab percakapan, adab menuntut ilmu. Adab berhadapan dengan guru. Entah di mana silapnya, tetap sahaja murid itu lancang mulutnya bila berbual dengan gurunya. Tidak ada perasaan hormat. Bengkeng, bidas, dan sebagainya untuk menunjukkan dirinya yang jahil itu adalah benar.





Tahu dan Faham

Zaman ini ada golongan pelajar yang bersemangat belajar ilmu hanya untuk tahu. Tetapi ia lupa - pengeTAHUan yang ia ada hanya sedikit. Akhirnya TAHUnya itu menjadikan ia merasa hebat. Menjadikan dirinya terasa betul. Ia tenggelam dalam TAHU tapi JAHIL akhlaq.

TAHU sahaja tidak cukup tanpa kefahaman. Orang yang hanya tahu gula itu manis, tidak sama dengan orang yang sudah merasai kemanisan gula apatah lagi dimana ia perlu digunakan kemanisan gula tersebut.

ALlah dan RasulNya mengajar kita agar mempunyai akhlak yang baik sesama manusia, samada dari segi pertuturan, perbuatan, bahkan dalam hati sendiri. Apatah lagi dengan sesama saudara Islam. Bukankah RasuluLLah diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq, bahkan akhlaq RasuluLLah itu sendiri adalah al Quran?

Kita diajar untuk beradab kepada guru-guru, ustaz-ustazah, alim ulama kerana keutamaan mereka.



قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ 



Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
(Az Zumar :9)

Bahkan di dalam urusan solat jemaah sekalipun, diutamakan adalah orang yang lebih yang mahir bacaannya di dalam al Quran.Telah dicontohkan oleh RasuluLLah di dalam peperangan Uhud, sahabat yang lebih banyak mengambil al Quran didahulukan untuk dimasukkan ke dalam liang kubur.

Dari Jabir r.a :
Sesungguhnya Nabi SallaLLahu 'alaihi wasallam telah menghimpunkan antara dua orang lelaki dari mereka-mereka yang terbunuh di dalam peperangan Uhud iaitu di kubur, kemudian baginda bersabda :"Yang manakah dari keduanya yang lebih banyak mengambil al Quran?". Apabila ditunjukkan kepada salah seorang dari keduanya, baginda mendahulukan (orang yang tersebut) ke dalam liang lahad. (Riwayat Bukhari)

 Hakikat Ilmu Yang Kita Ada

Adab sebagai pelajar, jika ilmu masih sedikit (hakikatnya ilmu manusia tiada yang banyak melainkan ALLah yang Empunya Ilmu), masih bertatih tahulah berakhlaq. Sedangkan para ulamak yang faqih, berkelana di bumi ALLah untuk mencari ribuan guru, bahkan menulis kitab-kitab yang menjadi rujukan hingga kini amat menjaga akhlaq sesama guru dan ulama yang lain. Sehinggakan sifat yang tercerna dari diri mereka menjadi ikutan bagi ulama yang takutkan ALLah.


إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُور


Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
(Al Fatir : 28)


Oleh itu wahai pelajar, jika para ulama yang hebat ilmunya itu sendiri amat menjaga tutur katanya, tidak bermudah-mudah berhukum dengan apa yang tidak mereka ketahui. Mengapa kita sendiri yang amat sedikit ilmu tidak belajar untuk merendahkan diri?. Adakah akhlaq itu tidak termasuk di dalam halal dan haram di dalam perhubungan sesama manusia? Sudah bolehkah kita berlaku sombong dengan ilmu yang sedikit sedangkan kita lupa ilmu yang kita ada juga boleh ditarik pada bila-bila masa?.

Ilmu tanpa akhlaq menunjukkan kita sendiri menghina ilmu yang diberi oleh ALlah.

Sunday, October 23, 2011

Seputik Kata Minda



'Wahai Ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan tarbiyyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci. Ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat dan banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu hakikat perjuangan di atas jalan ini...'

[As Syahid Imam Hasan Al Banna]



Sesungguhnya, tarbiyyah itu bukanlah segalanya.
Tetapi tanpa tarbiyyah, segala-galanya adalah sia-sia.