Benar adik ...
Aku telah pulang.
Dengan syahadah kesyahidan yang masih belum layak untuk aku miliki.
Walau bagaimanapun ...
terima kasih ...
kerana sudi mengizinkan debu-debu langkah-langkah jihad kalian menyapa tubuhku.
Benar adik ...dalam keadaan sekeliling menyesakkan ...
membuatkan kita salah tingkah.
Tetapi percayalah ...
tiada keadaan lain yang lebih baik dari ini ...
... dan Allah maha lebih tahu ...
untuk kita lebih tsabit dan istiqamah dalam jalan ini.
Adik ...
Aku yang memohon ampun dan maaf.
Percayalah ...dan aku yang berjanji ....
.. kalian tidak pernah dan tidak akan pernah ada salah terhadapku ....
.. atas segala kekurangan dan kelemahan diriku.
Mohon percayalah ...
tidak ada yang aku lakukan dan tidak lakukan ...
melainkan kerana aku terlalu cinta.
Benar adik ...
inilah cerita cinta kita ...
sejarah akan merakamkan
...dan biarkan mereka membacanya
...semoga akan ada pengajaran untuk semua
...dan pasti akan ada pahala yang akan mengalir percuma untuk kita.
Yang ...
... kita yang pernah senyum tertawa dan kemudian bermasam muka.
... kita yang pernah bercerita ria dan kemudian bertelingkah murka.
... kita yang pernah bergembira ria dan kemudian bermuram durja.
... kita yang pernah bertemu girang dan kemudian bertemu malu menyapa.
... hati-hati kita yang pernah bergetar rindu dan kemudian bergemuruh resah.
Hanya kerana .
..ada cinta di antara kita.
Adik ...
di sela kesempatan dan masa ...
... aku yang berjanji akan berjuang untuk itu ...
dan Allah pasti akan membantu.
Kerana terlalu cinta
...aku yang terlalu rindu,
Abang...
وَالسَّمَاء ذَاتِ الْبُرُوجِ (1) وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ (2) وَشَاهِدٍ
وَمَشْهُودٍ (3) قُتِلَ أَصْحَابُ الْأُخْدُودِ (4) النَّارِ
6 Comments:
Untuk adik tersayang..ukhuwwah ini takkan terlenyap, walaupun kita tidak seperti dahulu.. Hidup ini umpama awan yg sentiasa berarak..namun tujuannya sama, utk menurunkan hujan dan meredupkan bumi Allah..tetapi ingatlah, awan yg berarak itu lama kelamaan akan hilang jua...inilah ketentuan Yang Maha Esa..
:)
its a poetic masterpiece of u..
from a pure heart of a murobbi
moga terus thabat
kak gmex
salam ramdan..
yakinlah dgn janji Allah t'hdp org2 yang keikhlasan sentiasa menghiasi amalnya..
what doesnt kill us, make us stronger.
infiru khifafan wa tsiqalan.. all the best
housemate k.gmex,
aizadiha
Syukran jazilan for ur supports..=)
"Tarbiyyah Ini Takkan Terhenti, hingga disaat Kita Pergi"
a quote i jz read - When you get into a tight place and everything goes against you, till it seems as though you could not hang on a minute longer, never give up then, for that is just the place and time that the tide will turn.. =)
"cinta ku bukan lg pada manusia'
Post a Comment